facebook google twitter instagram
  • Home
  • Beauty
    • Makeup
    • Skincare
    • Hair & Body Care
    • How To
  • Lifestyle
    • Food
    • Kdrama
    • DIY
  • Tips

Damia Sakinah

BEAUTY AND LIFESTYLE BLOG


  Hai and assalamualaikum guys finally i dah habis intern baru la ada masa nak bebel bebel kat blog. So selama ni i bebel dekat iglive and instagram je hehe. Actually start dari i intern i dah guna serum ni, I test dekat my skin for few months sampai i yakin utk share dengan korang.




  Before kita start i nak uolls baca dulu ingredient dia, yes baca ingredients sgt penting before kita beli something. Kenapa? Sbb kalau kita dah tau ingredients list dia kita boleh detect ingredients yg tak sesuai dengan skin so boleh la skip beli yg tu & tak membazir la kan?



Ingredients






Packaging


  Serum ni datang dalam bekas kaca yg gelap & dropper. Dalam ni ada 15ml
of sakura dan oleanolic acid. Semua information pasal serum dekat kotak dalam English, so baguslah especially for international market kan. Bukan orang Malaysia je nak try kan hehe 



Formulation




  Serum ni transparents (colorless) lebih kurang sama je macam other serum, tapi the best point is bau dia sangat sangat wangi no wonder ramai mua and org org luar sana suka sangat. Bau dia i think bau lavender, tapi jangan risau percentage bau tu tak akan pedihkan skin korang. Sebab i tau org yg dry and sensitive skin takut kalau nak guna skincare yg ada fragrance kan. This one ok je, light light je bau dia. Serum ni waterbased, so sangat cair. Tapi so far memang tak melekit 





How to wear serum



  I baru figure out satu lagi method utk pakai serum especially utk org yg takut breakout. Satu method yg biasa la, satu lagi utk avoid pores tersumbat. Macam i, acne prone skin i senang naik jerawat so i nak share dgn korang mcm mana i pakai serum yg boleh avoid clogged pores. Boleh tgok video bawah ni (click link ni)

HOW TO USE SERUM WITHOUT CLOGGING YOUR PORES


My experience

  I guna almost hari hari, dua kali sehari. I guna lepas pakai toner, sekali guna just drop tiga titis je kat tapak tangan you. Then, gosok and dab kat muka. Cara ni bagi i sgt jimat plus i rasa boleh cover satu muka. 

  So far satu botol tahan 1 bulan setengah tapi depends cara korang guna, first botol i 2 minggu dah habis sbb i guna like 5 times a day, and result dia mmg cepat. Tapi second botol i dah start guna sikit sikit hehe jimat

  Kalau korang rajin, korang boleh drop serum masa pakai moisturizer. Bila i buat mcm ni i rasa my moisturizer cepat serap (trick) Tapi kalau i nak proper sikit i asing kan waktu pakai serum, and moisturizer. Normally waiting time masa dah pakai serum and utk pakai moisturizer is 10 seconds. 


  I suka mcm mana serum ni kurangkan minyak kat my skin, tpi still glowing kan and hydrated kan my skin. Start i guna serum ni, i kurang breakout and my skin is better. I sejenis yg suka picit jerawat (my bad) tpi once i dah picit i terus drop ni kat jerawat haha esok dah slowly heal balik. 

  So far, serum ni takde membantu sangat utk parut i. Kalau korang perasan dalam video yg i pakai serum ni, i tak pakai any makeup and korang boleh notice my parut parut. 

  I rasa yg tak berapa nice pasal serum ni sbb texture dia suka bertukar, bukan la in negative way. Cuma kalau nak banding antara 4 botol i tu, ada dua lagi pekat texture dia and kurang bau. I percaya diorg nak improve kan the quality. Sbb yg kurang bau lagi sesuai utk org sensitive and dry skin. Overall, ok je. Keep it up! 


Would I repurchase? 

  Yes! Sebab serum ni antara yg cepat merawat jerawat i, so atleast kena spare la satu botol sebulan kan. The best part is @Bougas_shahalam boleh delivery sampai depan rumah korang and dia mmg selalu ada ready stock! Contact her here too! Click je number tu terus boleh whatsapp her  01110814722






Disclaimer: Review ni based dekat my skin, might work and might not work on you & ni honest review ok as u guys tau i tak ambik skincare review


 (p/s: if u nak ambil as testimony or feedback kindly mention my instagram, or your business not going anywhere)
    



8:47 PM 2 comments


Hi guys! I nak tanya ada tak kat sini mmg tergilakan skincare product? And mmg dalam sehari tu tak sah kalau tak buat 10 step korean skincare routine. Sah la korang sayang skin kan? Mesti skin korang lembut and texture pun nice? Omg jealous nyaaaa. Takpe yg mana belum achieve flawless skin tu inshallah tahun ni tahun bertuah kita. Hihi 😬

So kali ni i nak review salah satu brand Malaysian yg famous, i rasa most of everyone tau brand Hermosa kan ? Sebab ramai gila la mua mua kat malaysia ni pakai contohnya Ferra Rossa, shazriena syukri,  mua bellaz. Adudu excited kita nak taip ni.  Hermosa ni salah satu Malaysian brand yg boleh dipercayai dari segala segi contoh kualiti, sijil halal & gmp.

 So harini i nak review one of their famous item, which is cleansing water.

So dalam few months ago, i ada join giveaway dekat ig @merryskincarerants tau hadiah dia cleansing water tu la. And alhamdullilah rezeki i. Masa dia annouce tu ya allah happy gila kot ya la first sebab tu skincare dari famous brand and second sebab tu cleansing water. Cleansing water ni bagi i sangat penting untuk orang yg selalu makeup. Yela dah selalu makeup kena la make sure yg kita remove semua dirts, makeup tu dgn bersihkan? Kalau tak mmg rosak la kulit jawabnya huhu


KENAPA CLEANSING WATER NI PENTING?

Cleansing water ni antara salah satu step sebelum cuci muka guna face cleanser, tapi depends dkt orang jugak ada yg ada dua step ada tiga step tapi mcm i selalu nya guna mcm ni

Cleansing water/makeup remover - oil cleanser- foam cleanser

Itulah lecehkan nak cuci muka je banyak betul step, belum masuk skincare routine aduhai  tapi tu la kita yg pilih utk pakai makeup kan ha kena la makesure remove betul betul. Sebab untuk orang yg selalu makeup ni, jenis senang naik jerawat tau esp yg acne prone skin. Kadang pakai foundation yg tebal sikit je lepas tu malam lepas remove je ada la naik jerawat jerawat kecik putih yg whitehead tu. Sebab tu la penting sgt sgt tau remove betul betul makeup. Kalau jenis jerawat timbul ni makeup nanti tak smooth tak syok la.


Ok berbalik kepada cleansing water hermosa ni.  Masa sis amira dm i tu, dia dah cakap dia tak sure i dapat yg mana. Sebab diorang ada 4 jenis tau cleansing water ni ;-

1. Classic - Aloe vera and chamomile
2. Limited Edition - Aloe vera, chamomile and argan oil
3. Brightening- pegaga and bengkoang
4. Hydrating- rose and aloe vera

Basically, yang classic tu macam biasa la just utk cuci muka. Yang lain tu ada tambah sikit la benefit dia, sambil cuci sambil merawat. Basically Aloe vera tu utk hydrate kan muka kita, sbb ada setengah makeup remover buat kulit kita tegang je kan, ha ni takde camtu tau. Yang limited edition tu pulak ada argan oil, so dia in same time dia merawat and mencerahkan parut. Untuk brightening ni ada pegaga tu yang paling highlight la sbb tu i nak yg pegaga. Sebab pegaga ni more kepada kurangkan jerawat, and merawat luka la (jerawat yg terpecah ke). Yang hydrtaing rose tu antara fav orang ramai sbb rose buat kulit nampak cerah and lembut.

INGREDIENTS


Ingredient organik: Extract Chamomile Organik, Extracts Aloe Vera Organik
Ingredient lain: Aqua, Decyl Glucoside, Cocobetaine, Citric Acid, Phenoxyethanol.
Dikecualikan dari: Parabens, Artificial Colors, Mineral Oils, Sodium Lauryl Sulphate (SLS) / Sodium Laureth Sulphate (SLES) / Harsh Detergents, Animal Derivatives, EDTA.


REVIEW



(I demo guna tangan je la ye, kang remove makeup terkojuuut korang)

I dah guna few times juga la especially masa pakai heavy makeup yg kena layer concelear la foundation tebal la, kalau daily makeup i just guna make up remover biasa. Tak sanggup nak habiskan yg ni nanti nak bawak gi travel yg ni senang.

First, you tak payah nak tuang banyak banyak dalam dua pump je spray dekat cotton pad and tekap kat bahagian mata dlm few seconds, kalau rasa mascara you tebal tekap la lama sikit. Tapi mmg part mata masa remove fuh puas hati gila tengok masa bersih. Basically utk full face i just guna 2-3 cotton pad je.

FIRST IMPRESSION

Texture : Watery and mcm berbuih sikit

Scent: Wangi gila

Application: Smooth and senang remove makeup cuma dia akan jadi sticky sikit and memang disuggestkan untuk cuci muka lepas guna ni. So takde la macam few makeup remover yg lepas remove boleh bantai tidur. Lepas remove guna ni you tak perlu guna foam cleanser tu banyak sgt pun so dah jimat kan?


Rating: 4/5 (tolak 1 sbb sticky tu je )

Purchase: YES! Nak try yg rose pulak

Price: Classic                      RM45
          Limited Edition         RM55
          Brightening               RM55
          Hydrating                  RM55

2:58 PM 2 comments





Dah masuk 2018, tapi ada ramai lagi yg tak kenal dengan skintype sendiri kan? Ada je yg dm tanya suggestion product utk skin type bla bla bla, so kita pun tolong la sikit apa yg kita tahu. Tapi ada juga yg still taktau skintype dia, and tak pernah pakai skincare termasuk cleanser. Terkejut gak kita. Mmg skin dia jenis ok ke? Tapi kalau tak pernah pakai apa apa ni lagi la tak terkawal skin dia, contoh pigmentation, jeragat,kulit kering and jerawat.  Tak kisah la skin type you apa asalkan WAJIB ada BASIC SKINCARE tau.



Penting utk tau skin type kita apa, bukannya saja saja nak bebel nak suruh korang beli itu ini. Sebab bila korang taktau skintype korang, nanti main bedal je beli and pakai je apa apa skincare/makeup tanpa tau condition skin u, mulalah irritant la, breakout la. So atleast bila kita tahu skintype kita, kita boleh avoid ingredients yg skin kita tak boleh guna, betul tak? 


Dah tau skin type you apa? Baguslah hihi. Yang taktau tu boleh try guna step kat bawah ni.

STEP KETAHUI SKIN TYPE

1) Basuh muka macam biasa guna cleanser (air jgn terlalu sejuk atau terlalu panas)

2) Biarkan dalam 1-2 jam (jngn pakai any skincare or makeup lagi)

3) Then you boleh check balik your skin guna tissue or blotting paper (rasa ketat/oily/kering/biasa)





SKIN TYPE
Kalau you dah tau keadaan your skin, so you boleh match kan macam dalam gambar bawah ni



Normal skin : kulit tak rasa terlalu berminyak atau terlalu kering/tegang (normal je kalau muka berminyak sikit)

Oily skin: Seluruh muka berminyak and melekit sikit (feeling glowing gitu takyah pakai highlighter hehe) 

Dry skin: Muka rasa tegang and kulit mengelupas (area bibir,hidung and dagu)

Combination skin: Muka berminyak dikawasan Tzone (dahi,hidung, dagu) dan kering kat area lain especially pipi 

Sensitive skin : Muka jadi merah mcm udang kena bakar pastu senang gatal/mengelupas

YAY now korang semua dah tau skin type korang kan? So pasni jgn salah beli produk tau, kalau you oily skin jangan la gatal tangan beli utk dry skin sbb texture cream utk dry skin lebih tebal so nnti yg oily skin lagi oily and naik jerawat.

Utk  dry/ sensitive skin wajib avoid ingredients fragrance and alcohol sbb nnti ur skin jdi irritant and lagi kering.

Thanks baca & harap dapat membantu and kalay ada soalan boleh tanya kat bawah ok?

xoxo















12:51 PM 1 comments
Hai and assalamualaikum guys, so dalam dua tiga hari ni berita pasal local skincare ni jadi viral lagi sekali. Sampai masuk paper bagai kali ni, tapi kenapa mangsa taknak mention product yg dia guna?? Bukan kes tutup periuk nasi ke apa ni kes keselamatan orang lain dripada segelintir manusia-manusia yang tamak keuntungan sanggup jadi kan org lain jadi mangsa . So jom baca mia nak bebel kat bawah



"KELEBIHAN LOCAL SKINCARE" (KATANYA)
  1.  Menghapuskan pigmentasi & jeragat
  2.  Menghilangkan jerawat & kesan parut jerawat
  3.  Mencegah bintik hitam (blackhead + whitehead)
  4. Mencerah serta menyekatakan tona kulit
  5.  Mengatasi masalah kulit berminyak
  6. Membuang sel kulit mati dimuka Mencerah & melembutkan kulit menjadi mulus gebu
  7.  Menghalus, melembab serta mengecilkan liang pori
  8.  Menghapuskan kedutan & menjadikan kulit lebih anjal
  9.  Menjadikan kulit muka berseri-seri & awet muda
  10.  Kulit lebih bercahaya dan glowing secara semulajadi

Mia tahu ramai suka sgt and obses nak putih macam A4 paper, entahlah asal. Korang tau tak kulit cerah ni tak best, esp bila sunburn and ada jerawat, huih dari jauh nampak merah jerawat tu haaaaa. Ramai yg taksub bila dengar satu product yg boleh selesaikan semua masalah dgn harga yg sgt murah. Kalau dulu kita gi klinik nak buat laser ke apa ke dah beribu, belum campur nak putih bagai. Ni product korang tu harga rm30 dah boleh dapat semua waaaah saving ke tu? Are u sure semua ni saving and berbaloi? For me tak, sbb bila dah breakout you akan spend a looooooot of money untuk repair balik skin you huhuhuhu berbaloi ke? So better takyah involve dgn local skincare yg kita tau mmg rosakkan muka. Tulah ramai yg nak lawa flawless masa singkat, sibuk bersaing siapa paling putih. Tak kisah langsung pasal kesan kesan masa akan datang. Korang tau tak dalam skincare fav korang tu ada apa? Apa benda yg bgi putih gila dalam masa seminggu ni, haa nak tau? Baca bawah.



 APA ITU MERCURY?

Mostly skincare yg menyebabkan breakout yg teruk ni ada 2 benda fav dalam tu, iaitu hydroquinone and mercury. Mercury tu masa sekolah kita tau kan dia yg dalam termometer tu? Sekali pecah and tersentuh nnti ada side effect yg teruk kan kononnya boleh mandul? (taktau side effect apa lagi sbb tak pernah bgi pecah)
Hahaha masa sekolah takut sgt la konon ngan termometer tu, skrg dah habis sekolah korang yg siap apply benda alah tu kat muka korang wah wah wah rancak nya kan? Selebihnya boleh google la apa tu mercury sbb ni mia ckp berdasarkan knowledge sendiri. Kalau tak yakin boleh google ye.

APA ITU HYDROQUINONE?

Hydroquinone ni adalah sejenis bahan kimia yang selalu didapati dalam produk kecantikkan. Kebanyakkan local product yang aku tahu ada hydroquinone .Penggunaan Hydroquinone dalam produk kecantikkan ni bertujuan membunuh ‘melanocytes’, sejenis sel yang bertindak menghasilkan melanin. Melanin tu warna kulit kita lah .

Hydroquinone ni sebenarnya digunakan untuk tujuan mencuci gambar. Tapi, sebab zaman sekarang ni orang sibuk nak cantik, nak putih cepat. Hydroquinone ni ditambah dalam produk kecantikkan awak2 semua. Yelah! supaya kesan skincare tu lebih pantas. Contohnya, korang sapu2 krim malam esok pagi dah jadi glowing gila. Cepatkan? Tapi, kalau korang nak tahu bahan kimia ni menghakis kulit korang tau!

Hydroquinone adalah sejenis bahan kimia yang boleh didapati di dalam kosmetik. Penggunaan hydroquione adalah untuk membunuh ‘melanocytes’, sejenis sel yang bertindak menghasilkan melanin. Untuk itu kulit akan kelihatan cerah dan semakin putih. Sebenarnya bahan hydroquione digunakan untuk proses mencuci gambar. Malangnya pada hari ini ia dicampurkan secara meluas dalam pelbagai jenama kosmetik sebagai agen pemutih kulit yang menyebabkan kulit semakin nipis dan mengelupas. Sebenarnya hydroquinone adalah sangat merbahaya dan merupakan bahan kimia yang sangat kuat, ia juga digunakan dalam proses ‘foto-herbicides’, pemprosesan getah dan pemprosesan ‘hair dye’.

Mengikut sumber Pusat Racun Negara, syarikat kosmetik hanya dibenarkan menggunakan hydroquinone 2% sahaja. Untuk hydroquinone 4%, ia boleh digunakan dengan arahan atau preskripsi daripada doktor. Pakar kecantikan juga tidak dibenarkan menggunakan hydroquinone 4% 



KESAN SAMPINGAN  SELEPAS MENGGUNAKAN PRODUCT ADA 2 ATAS TU


  1.  Penghitaman kawasan kulit, terutama jika terdedah kepada cahaya matahari atau cahaya UV tiruan.
  2. Kawasan kulit boleh terluka, terbakar, kering dan gatal sebelum kimia racun itu menyerap lebih jauh ke dalam muka.
  3. Turut menyebabkan kesan sampingan maut lain iaitu sesak nafas, serangan lelah, bengkak bibir, muka dan lidah serta ruam.
  4. Jika terkena mata, ia turut boleh menyebabkan kesan terbakar pada mata dan menjejaskan penglihatan. Penggunaan untuk jangka masa panjang boleh menyebabkan kulit menjadi hitam.
  5. Jika tidak digunakan selama beberapa hari kulit akan menjadi hitam dan bertompok.
  6. Ia juga boleh menghalang proses pigmentasi di mana, proses ini mengurangkan perlindungan ke atas kulit daripada pancaran ultara ungu dan sinaran matahari berlebihan yang berpotensi mendapat kanser kulit

 

KESAN JANGKA MASA SINGKAT

  1. Pada pemakaian awal dapat menyebabkan iritasi pada kulit dan kemerahan bila terkena sinar matahari.
  2.  Tidak timbul jerawat sama sekali, hal ini disebabkan lapisan kulit epidermis kita telah rosak, kulit sudah tidak mengandung protein & melanin yang berfungsi untuk melindungi radiasi paparan matahari juga sudah tidak berfungsi, sehinggakan kuman tidak akan menyukai kulit yang telah tercemar merkuri termasuk nyamuk sekalipun. Tapi hal ini juga hanya bersifat sementara,kalau kulit dah rosak mulalah timbul jerawat besar yg ada nanah
  3. Pori-pori nampak mengecil & halus, ini sebenarnya disebabkan lapisan kulit terluar wajah kita telah nipis & dihakis oleh logam merkuri, sbb tu kita nampak flawless je





KESAN JANGKA MASA PANJANG

1. Memperlambat pertumbuhan janin dan mengakibatkan keguguran (Kematian janin dan Mandul)
2. Parut hitam pada kulit akan memucat (seakan pudar) dan bila pemakaian dihentikan, parut tu naik balik and makin teruk.
3. Effect REBOUND iaitu memberikan respond berlawanan (kulit menjadi gelap dan kusam masa stop guna)
4. Bagi wajah yang tadinya bersih lambat laun akan timbul biji/parut atau dry patches yang sangat teruk dan lama-kelamaan berubah hitam
5.Mengakibatkan kanser kulit.




Unsur merkuri yang ada di kosmetik akan diserap melalui kulit, kemudian akan dialirkan melalui darah keseluruh tubuh dan merkuri itu akan mengendap di dalam ginjal yang berakibat terjadinya GAGAL GINJAL YANG SANGAT TEROK. (BOLEH MENYEBABKAN KEMATIAN) Merkuri dalam krim pemutih dapat menimbulkan keracunan bila digunakan untuk waktu lama.



JANGAN TERTIPU  


Dengan product kosmetik bermerkuri yg menjanjikan 'wajah putih dalam tempoh yang singkat'
Seminggu saja menggunakan produk ini, wajah dijamin langsung cantik smh
And kalau ada produk yang boleh membuatkan wajah menjadi putih dalam seminggu, pengguna harus berwaspada kerana kemungkinan produk itu mengandung merkuri. Kosmetik yang selamat boleh memutihkan kulit, namun memerlukan waktu yang lama bahkan boleh berbulan-bulan
Pengguna seharusnya tidak tergiur hanya dengan gambar-gambar menjadi putih dalam waktu singkat saja. Kandungan merkuri boleh menyebabkan kerosakan pada kulit, susunan saraf, otak, ginjal, serta gangguan perkembangan janin. Jangan lupa, merkuri juga dapat menyebabkan kanser.
Mia antara mereka yang teraniaya tu pun sebab tengok gambar-gambar testi yang cantik, putih flawless huhu. Kita wanita siapa yang taknak cantik kan?  Tapi tu semua kejap je after berhenti guna, kulit muka jadi bertambah teruk, jerawat naik bak cendawan non stop plak tu pastu lagi best muka jadi sgt sensitive, and skrg kena pakai semua drugstore, product doctor, dah ah mahal ee nyesal gedik try.


And sebenarnya kalau korang nak tau, mostly local skincare kita tu just rebrand dari kilang yg sama, sbb tu ada cleanser/sabun product A sama ngan product B, serum sama, toner pedih ya amat, kadang toner guna air mawar je alahai aku beli kat kedai botol besar lagi murah. Kalau korang perasan kat ig bersepah gila  igshop yg jual krim kilo la timbang la apa lah. Kita pun taktau bersih ke tak diorg bagi krim kilo tu haih sbb tu ramai je founder yg muda muda dah ada skincare sendiri, bukan nak halang orng muda berbusiness and mmg tak salah  nak business yg salahnya bila barang korang tu buat muka org lain jadi teruk, dosa tau tak merosakkan ciptaan Allah dgn sengaja!! Marah ni marah haih, bukan mia sorang je kena kalau kat twitter tu fb, paper dah banyak kali org cakap pasal keburukan satu product tapi ada lagi anak anak muda gedik nak try ya allah korang mmg tak sayang kulit ke apa? Pastu sibuk nak ckp awak pakai elok la apa la, mmg skrg elok, cuba berhenti takpun pakai je biar bertahun pastu gi check kat doctor kulit awak nnti dia bagi tau la tahap kanser kulit awak haaa time tu get ready segala duit, emosi mental whatever nak berdepan dgn cacian org hinaan org tentang kulit awak, time tu baru awak nyesal, baru sibuk nak tweet, "hi awak nak minta tolong ni apa product yg selamat yg boleh pulihkan breakout saya ni'' hahaha bukan taknak tolong dah letih tolong tapi still degil, awak yg taknak cegah dari awal siap sound org jgn sibuk hal awak, haa time ni mmg taknak sibuk biar awak sendiri cari jalan penyelesaian sendiri. Ni bukan mia nak sound ke apa mia nak awak sedar, sbb mia sendiri pernah kena and dah habis beribu utk pulihkan, korang yg masih awal and tak kena apa lagi better stop, buang bakar segalanya, kita nak guna kulit muka ni bertahun tau bukan setahun dua, kita ni pun bukannya kaya mcm artis boleh gi treatment senang mcm tu, kita nak jumpa doctor kulit pun fkir banyak kali nak siap kan 1k dalam tgn bagai. Biar guna product yg ambik masa lama asalkan kulit muka sihat dari product yg effect instantly end up muka rosak. Kalau dulu mia guna set skincare rm50 sebulan dapat 3-5 barang skrg skincare mia mahal oi even cleanser je dah rm60 satu tu belum masuk toner, moisturizer semua.


REBRAND??

Rebrand ni mcm ambik benda secara pukal yg takde jenama then buat jenama sendiri. Macam kat ig krim kilo tu la, beli timbang timbang je pastu letak dalam packaging sendiri, and buat jenama sendiri. Mostly they come from Thailand, and for sure high in chemicals sbb tu boleh janjikan kulit boleh peloles 3-7 hari. Sedangkan kulit naturally growth new cells pun dlm 28 hari kot alahai

p/s : Vitamin C is sensitive to light, dia boleh pack dlm plastic transparent macam tu je??!












Ciri-ciri krim yang berbahaya:

1- Tidak ada hasil ujian makmal.
2- Warna Krim ala-ala "shining" dan warna terlalu pekat.
3- Tekstur tak rata dan melekit-lekit dan tekstur kadang-kadang terpisah, ada bahagian yang berminyak atau padat dalam satu kemasan.
4- Bau menyengat, bau ala-la logam dan selalunya berbau sangat wangi sebab nak sembunyikan bau logam dan bau pun tajam je.
5- Panas, pedih dan perit semasa korang pakai produk tersebut. Mula-mula pakai kulit akan menjadi merah-merah dan gatal-gatal.
6- Kulit kemerah-merahan bila kena sinar matahari. Macam udang kena bakar.
7- Kulit putih pucat dan tak nampak semulajadi. Bukan putih kemerah-merahan tapi putih yang terlalu putih, pucat (pucat mayat) dan putih kelabu.
8- Hasil sangat cepat..
9- Kena terus bergantung pakai produk tersebut.






BAHAYA KRIM KILO/ KRIM TIMBANG YANG KORANG KENA TAHU!!!

1. KRIM, TONER, SERUM, LOSYEN OR APA PUN YG JENIS KILO NI ADALAH DIBUAT DI KILANG KECIL OR RUMAH KEDAI OR DIRUMAH YG TIADA GMP, KOTOR.

2. SEMUA JENIS KILO INI TIDAK MEMPUNYAI KELULUSAN FDA THAILAND. MAKNANYA, IANYA TIDAK SELAMAT. FDA ADALAH SEPERTI KKM DI MALAYSIA

3. SEMUA JENIS KILO INI TIDAK DIKETAHUI CAMPURAN BAHAN: BAHAN KIMIA BERACUN ATAU BAHAN YG HARAM JUGA MUNGKIN DIGUNAKAN

4. SEMUA JENIS KILO INI TIADA SIJIL HALAL THAILAND

5. SEMUA JENIS KILO INI ADALAH BIASANYA JENIS2 MURAH, UNTUK BERKESAN MERKURI, HIDROKUINON OR BYK LAGI RACUN DILETAKKAN SUPAYA MEMBERI KESAN CEPAT.



KEPENTINGAN KKM?

Ramai igt ada kkm maknanya selamat digunakan, padahal product kosmetik tak ada kelulusan kkm langsung, hanya product kesihatan ye ada kelulusan kkm sbb benda tu masuk dalam badan, product kosmetik diorg just ada notifikasi kkm je. Means macam dalam pantauan la, kalau ada report pasal product diorg baru pihak berkenaan tarik balik kkm diorg and buat ujian haha. Padahal masa nak dapat kkm ni dulu takyah masuk lab apa pun just inform pihak tu apa ingredient korang then dapatlah kkm, senang kan? Senang nya kita kena tipuuuuu huaaa sumpah tak tipu baca tweet bawah ni









 








KESAN PENGGUNAAN LOCAL SKINCARE

Ni semua negative feedback yg mia dapat harini dari twitter. Diorang dah kena awak awak tu takkan nak kena dulu macam ni baru nak nyesal?






 SENARAI PRODUCT YG MEROSAKKAN KULIT 









Tahun 2016
BilNama produkNo. notifikasi (NOT)Bahan kimia yang dikesan
1Qu Puteh Whitening Pro 9NOT151106644KMercury 






Tahun 2015
BilNama produkNo. notifikasi (NOT)Bahan kimia yang dikesan
1Hans Beauty Flawless Day CreamNOT130304286KMercury 
2Hans Beauty Flawless Night CreamNOT130304287KMercury 
3Hans Beauty Treatment TonerNOT130304284KHydroquinone






Tahun 2014
BilNama produkNo. notifikasi (NOT)Bahan kimia yang dikesan
1AS Beauty Night CreamNOT101103172KMercury 
2AS Beauty Day CreamNOT101103272KMercury 
3Golden Horse Herbal Milk Lotion – GH507NOT120905457KMercury
4Golden Horse Bio C omplex Cream – GH903-2NOT120905465KMercury
5Dermaceutic Spot CreamNOT101104772KHydroquinone dan Tretinoin 
6Dermaceutic Spot Peel CreamNOT101104771KHydroquinone dan Tretinoin
7Yellow Cream (Krim Ku-Neng)NOT120101719KHydroquinone
8Dnars Magic Gold FoundationNOT111001084KHydroquinone
9SF PROTECT & PERFECT DAY CREAMNOT130604475K
Mercury






Tahun 2013
BilNama produkNo. notifikasi (NOT)Bahan kimia yang dikesan
1Sensual Meiji Skin Renewar CreamNOT120204451KAsid Azelaik
2Acrena Pure Herbal Papaya SoapNOT100802337KTretinoin 
3White ComplexNOT100801451KTretinoin
4SS Pearl CreamNOT110602263KMercury
5SS Vita C Night RepairNOT110602264KMercury 
6Cellnex Anti-Sensitive Essence TreatmentNOT120905219KBetamethasone 
7Natural 99 Night CreamNOT120300526KMercury 
8Natural 99 Day CreamNOT120300524KMercury
9SF Beauty Night Cream (Facial)NOT120602462K
Mercury
10SF Beauty Day Cream (Facial)NOT120602461KMercury
11Aveana Night Revival CreamNOT110404581KTretinoin 
12Blemished Skin AmpoulesNOT110204305KAsid Azelaik
13Golden Horse B&W Cream - GH902-1NOT120905460KMercury

Tahun 2012
BilNama produkNo. notifikasi (NOT)Bahan kimia yang dikesan
1Daily Protecting Cream - Joie et BeauteNOT100778850K /
NOT100602230K
Mercury 
2La Bliss Skin Brightening CreamNOT100200697KTretinoin 
3Sans Dynamic Intensive Light CreamNOT100400422KMercury
4Putih Gebu Sun-Block Collagen Lotion NOT100403485KMercury
5Bio-Clear Intensive Renewal ComplexNOT120503338KTretinoin 
6MS Wellmood Enhancing CreamNOT100602405KTretinoin 
7Renewing CreamNOT100101066KTretinoin 
8E Beaute Total Revitalizer Night CreamNOT100601840KMercury
9MS Wellmood Lightening ComplexNOT100601840K
Mercury
10MULTI CREAMNOT100764415KTretinoin
11DQISTEE NIGHT CREAMNOT100802185KMercury 
12DQISTEE BEAUTY DAY CREAMNOT100802184KMercury 


Tahun 2011
BilNama produkNo. notifikasi (NOT)Bahan kimia yang dikesan
1Sensual Whitening CreamNOT100751321KMercury 
2Derma-Rx Arbutin-R CreamNOT090601556KTretinoin & Hydroquinone
3DS.1 BLEMISH CONTROL CREAMNOT091201931KAzelaic Acid
4EZEE SUNBLOCK CREAMNOT100601213KMercury
5MONTAGNE JEUNESSE CHOCOLATE MASQUENOT090700043KLead


Tahun 2010
BilNama produkNo. notifikasi (NOT)Bahan kimia yang dikesan
1NV Toner Treatment No 1NOT05010130KEHydroquinone & Tretinoin
2NV Toner Treatment No 2NOT05010129KEHydroquinone & Tretinoin
3Zara Rejuvenation CreamNOT04081873KEHydroquinone 
4Beauty Line Beautitude Multi-Purpose CreamNOT081201209KTretinoin
5Pigmentation Recovery ComplexNOT081200745KTretinoin
6De Putih Night CreamNOT05100878KETretinoin
7BML HB LOTIONNOT090701336KTretinoin & Hydroquinone
8Krim Malam ShanaNOT090600820KTretinoin & Hydroquinone
9Natasya Gold Krim HerbaNOT091100971KTretinoin & Hydroquinone
10Biotox Whitening Hydro CreamNOT007061310KDexamethasone
11Yoko Whitening CreamNOT080100330KTretinoin
12Sue Beauty Night Treatment CreamNOT080600138KTretinoin


 Tahun 2009
BilNama produkNo. notifikasi (NOT)Bahan kimia yang dikesan
1Felisa Gentle Peeling SolutionNOT07080210KETretinoin
2Krim Malam Rahsia RimbaNOT080801112KHydroquinone
3Biocosmet Whitening Essence
Cream
NOT07122920KEHydroquinone
4~H2O+ Waterwhite Brightening
Night Cream
NOT04102838KEHydroquinone
5Magixpress Lightening PlusNOT07121009KEHydroquinone
6A.Vant CreamNOT05022860KETretinoin
7Eriesya Spa Beauty CreamNOT07122412KEHydroquinone
8Natasya Krim HerbaNOT07090337KEHydroquinone & Tretinoin
9Temulawak Whitening Pearl Cream PapayaNOT03090150KETretinoin
10Ratna Sari Whitening Night CreamNOT080700826KTretinoin
11ATIKA BEAUTY Renewal Night CreamNOT04082451KEHydroquinone
12Chantique - Whitening Night CreamNOT04121404KETretinoin


Tahun 2008
BilNama produkNo. notifikasi (NOT)Bahan kimia yang dikesan
1Khazanah White Pembersih
Wajah
NOT05040954KEHydroquinone
2Gloskin Krim Malam & SiangNOT05082557KEHydroquinone
3Reena's Astringen LanjutanNOT05010659KEHydroquinone
4Skin Desires Deep Whitening
Cleansing Milk
NOT07020213KEHydroquinone
5EETYE Whitening CreamNOT06080859KEHydroquinone
6O'Lynn Skin Lightening CreamNOT06110164KETretinoin
8:49 PM 193 comments
Older Posts

Translate

Damia Sakinah

Damia Sakinah

Catch Me Here

Labels

beauty skincare tips

recent posts

Blog Archive

  • ▼  2018 (3)
    • ▼  May (1)
      • Review: Bougas Beauty Serum
    • ►  February (2)
  • ►  2016 (4)
    • ►  December (4)

Stats

Created with by ThemeXpose