Hai and assalamualaikum guys, so dalam dua tiga hari ni berita pasal local skincare ni jadi viral lagi sekali. Sampai masuk paper bagai kali ni, tapi kenapa mangsa taknak mention product yg dia guna?? Bukan kes tutup periuk nasi ke apa ni kes keselamatan orang lain dripada segelintir manusia-manusia yang tamak keuntungan sanggup jadi kan org lain jadi mangsa . So jom baca mia nak bebel kat bawah
"KELEBIHAN LOCAL SKINCARE" (KATANYA)
- Menghapuskan pigmentasi & jeragat
- Menghilangkan jerawat & kesan parut jerawat
- Mencegah bintik hitam (blackhead + whitehead)
- Mencerah serta menyekatakan tona kulit
- Mengatasi masalah kulit berminyak
- Membuang sel kulit mati dimuka Mencerah & melembutkan kulit menjadi mulus gebu
- Menghalus, melembab serta mengecilkan liang pori
- Menghapuskan kedutan & menjadikan kulit lebih anjal
- Menjadikan kulit muka berseri-seri & awet muda
- Kulit lebih bercahaya dan glowing secara semulajadi
Mia tahu ramai suka sgt and obses nak putih macam A4 paper, entahlah
asal. Korang tau tak kulit cerah ni tak best, esp bila sunburn
and ada jerawat, huih dari jauh nampak merah jerawat tu haaaaa. Ramai yg
taksub bila dengar satu product yg boleh
selesaikan semua masalah dgn harga yg sgt murah. Kalau dulu kita gi
klinik nak buat laser ke apa ke dah beribu, belum campur nak putih
bagai. Ni product korang tu harga rm30 dah boleh dapat semua waaaah
saving ke tu? Are u sure semua ni saving and berbaloi? For me tak, sbb
bila dah breakout you akan spend a looooooot of money untuk repair balik
skin you huhuhuhu berbaloi ke? So better takyah involve dgn local
skincare yg kita tau mmg rosakkan muka. Tulah ramai yg nak lawa flawless masa singkat, sibuk bersaing siapa paling putih. Tak kisah langsung pasal kesan kesan masa akan datang. Korang tau tak dalam skincare fav korang tu ada apa? Apa benda yg bgi putih gila dalam masa seminggu ni, haa nak tau? Baca bawah.
APA ITU MERCURY?
Mostly skincare yg menyebabkan breakout yg teruk ni ada 2 benda fav
dalam tu, iaitu hydroquinone and mercury. Mercury tu masa sekolah kita
tau kan dia yg dalam termometer tu? Sekali pecah and tersentuh nnti ada
side effect yg teruk kan kononnya boleh mandul? (taktau side effect apa
lagi sbb tak pernah bgi pecah)
Hahaha masa sekolah takut sgt la
konon ngan termometer tu, skrg dah habis sekolah korang yg siap apply
benda alah tu kat muka korang wah wah wah rancak nya kan? Selebihnya boleh google la apa tu mercury sbb ni mia ckp berdasarkan knowledge sendiri. Kalau tak yakin boleh google ye.
APA ITU HYDROQUINONE?
Hydroquinone ni adalah sejenis bahan kimia yang selalu didapati dalam produk kecantikkan. Kebanyakkan local product yang aku tahu ada hydroquinone .Penggunaan Hydroquinone dalam produk kecantikkan ni bertujuan membunuh ‘melanocytes’, sejenis sel yang bertindak menghasilkan melanin. Melanin tu warna kulit kita lah .
Hydroquinone ni sebenarnya digunakan untuk tujuan mencuci gambar. Tapi, sebab zaman sekarang ni orang sibuk nak cantik, nak putih cepat. Hydroquinone ni ditambah dalam produk kecantikkan awak2 semua. Yelah! supaya kesan skincare tu lebih pantas. Contohnya, korang sapu2 krim malam esok pagi dah jadi glowing gila. Cepatkan? Tapi, kalau korang nak tahu bahan kimia ni menghakis kulit korang tau!
Hydroquinone adalah sejenis bahan kimia yang boleh didapati di dalam kosmetik. Penggunaan hydroquione adalah untuk membunuh ‘melanocytes’, sejenis sel yang bertindak menghasilkan melanin. Untuk itu kulit akan kelihatan cerah dan semakin putih. Sebenarnya bahan hydroquione digunakan untuk proses mencuci gambar. Malangnya pada hari ini ia dicampurkan secara meluas dalam pelbagai jenama kosmetik sebagai agen pemutih kulit yang menyebabkan kulit semakin nipis dan mengelupas. Sebenarnya hydroquinone adalah sangat merbahaya dan merupakan bahan kimia yang sangat kuat, ia juga digunakan dalam proses ‘foto-herbicides’, pemprosesan getah dan pemprosesan ‘hair dye’.
Mengikut sumber Pusat Racun Negara, syarikat kosmetik hanya dibenarkan menggunakan hydroquinone 2% sahaja. Untuk hydroquinone 4%, ia boleh digunakan dengan arahan atau preskripsi daripada doktor. Pakar kecantikan juga tidak dibenarkan menggunakan hydroquinone 4%
KESAN SAMPINGAN SELEPAS MENGGUNAKAN PRODUCT ADA 2 ATAS TU
- Penghitaman kawasan kulit, terutama jika terdedah kepada cahaya matahari atau cahaya UV tiruan.
- Kawasan kulit boleh terluka, terbakar, kering dan gatal sebelum kimia racun itu menyerap lebih jauh ke dalam muka.
- Turut menyebabkan kesan sampingan maut lain iaitu sesak nafas, serangan lelah, bengkak bibir, muka dan lidah serta ruam.
- Jika terkena mata, ia turut boleh menyebabkan kesan terbakar pada mata dan menjejaskan penglihatan. Penggunaan untuk jangka masa panjang boleh menyebabkan kulit menjadi hitam.
- Jika tidak digunakan selama beberapa hari kulit akan menjadi hitam dan bertompok.
- Ia juga boleh menghalang proses pigmentasi di mana, proses ini mengurangkan perlindungan ke atas kulit daripada pancaran ultara ungu dan sinaran matahari berlebihan yang berpotensi mendapat kanser kulit
KESAN JANGKA MASA SINGKAT
- Pada pemakaian awal dapat menyebabkan iritasi pada kulit dan kemerahan bila terkena sinar matahari.
- Tidak timbul jerawat sama sekali, hal ini disebabkan lapisan kulit epidermis kita telah rosak, kulit sudah tidak mengandung protein & melanin yang berfungsi untuk melindungi radiasi paparan matahari juga sudah tidak berfungsi, sehinggakan kuman tidak akan menyukai kulit yang telah tercemar merkuri termasuk nyamuk sekalipun. Tapi hal ini juga hanya bersifat sementara,kalau kulit dah rosak mulalah timbul jerawat besar yg ada nanah
- Pori-pori nampak mengecil & halus, ini sebenarnya disebabkan lapisan kulit terluar wajah kita telah nipis & dihakis oleh logam merkuri, sbb tu kita nampak flawless je
KESAN JANGKA MASA PANJANG
1. Memperlambat pertumbuhan janin dan mengakibatkan keguguran (Kematian janin dan Mandul)
2. Parut hitam pada kulit akan memucat (seakan pudar) dan bila pemakaian
dihentikan, parut tu naik balik and makin teruk.
3. Effect REBOUND iaitu memberikan respond berlawanan (kulit menjadi gelap dan kusam masa stop guna)
4. Bagi wajah yang tadinya bersih lambat laun akan timbul biji/parut atau dry patches yang sangat teruk dan lama-kelamaan berubah hitam
5.Mengakibatkan kanser kulit.
Unsur merkuri yang ada di kosmetik akan diserap melalui kulit, kemudian akan dialirkan melalui darah keseluruh tubuh dan merkuri itu akan mengendap di dalam ginjal yang berakibat terjadinya GAGAL GINJAL YANG SANGAT TEROK. (BOLEH MENYEBABKAN KEMATIAN) Merkuri dalam krim pemutih dapat menimbulkan keracunan bila digunakan untuk waktu lama.
JANGAN TERTIPU
Dengan product kosmetik bermerkuri yg menjanjikan 'wajah putih dalam tempoh yang singkat'
Seminggu saja menggunakan produk ini, wajah dijamin langsung cantik smh
And kalau ada produk yang boleh membuatkan wajah menjadi putih dalam seminggu, pengguna harus berwaspada kerana kemungkinan produk itu mengandung merkuri. Kosmetik yang selamat boleh memutihkan kulit, namun memerlukan waktu yang lama bahkan boleh berbulan-bulan
Pengguna seharusnya tidak tergiur hanya dengan gambar-gambar menjadi putih dalam waktu singkat saja. Kandungan merkuri boleh menyebabkan kerosakan pada kulit, susunan saraf, otak, ginjal, serta gangguan perkembangan janin. Jangan lupa, merkuri juga dapat menyebabkan kanser.
Mia antara mereka yang teraniaya tu pun sebab tengok gambar-gambar testi yang cantik, putih flawless huhu. Kita wanita siapa yang taknak cantik kan? Tapi tu semua kejap je after berhenti guna, kulit muka jadi bertambah teruk, jerawat naik bak cendawan non stop plak tu pastu lagi best muka jadi sgt sensitive, and skrg kena pakai semua drugstore, product doctor, dah ah mahal ee nyesal gedik try.
And sebenarnya kalau korang nak tau, mostly local skincare kita tu just rebrand dari kilang yg sama, sbb tu ada cleanser/sabun product A sama ngan product B, serum sama, toner pedih ya amat, kadang toner guna air mawar je alahai aku beli kat kedai botol besar lagi murah. Kalau korang perasan kat ig bersepah gila igshop yg jual krim kilo la timbang la apa lah. Kita pun taktau bersih ke tak diorg bagi krim kilo tu haih sbb tu ramai je founder yg muda muda dah ada skincare sendiri, bukan nak halang orng muda berbusiness and mmg tak salah nak business yg salahnya bila barang korang tu buat muka org lain jadi teruk, dosa tau tak merosakkan ciptaan Allah dgn sengaja!! Marah ni marah haih, bukan mia sorang je kena kalau kat twitter tu fb, paper dah banyak kali org cakap pasal keburukan satu product tapi ada lagi anak anak muda gedik nak try ya allah korang mmg tak sayang kulit ke apa? Pastu sibuk nak ckp awak pakai elok la apa la, mmg skrg elok, cuba berhenti takpun pakai je biar bertahun pastu gi check kat doctor kulit awak nnti dia bagi tau la tahap kanser kulit awak haaa time tu get ready segala duit, emosi mental whatever nak berdepan dgn cacian org hinaan org tentang kulit awak, time tu baru awak nyesal, baru sibuk nak tweet, "hi awak nak minta tolong ni apa product yg selamat yg boleh pulihkan breakout saya ni'' hahaha bukan taknak tolong dah letih tolong tapi still degil, awak yg taknak cegah dari awal siap sound org jgn sibuk hal awak, haa time ni mmg taknak sibuk biar awak sendiri cari jalan penyelesaian sendiri. Ni bukan mia nak sound ke apa mia nak awak sedar, sbb mia sendiri pernah kena and dah habis beribu utk pulihkan, korang yg masih awal and tak kena apa lagi better stop, buang bakar segalanya, kita nak guna kulit muka ni bertahun tau bukan setahun dua, kita ni pun bukannya kaya mcm artis boleh gi treatment senang mcm tu, kita nak jumpa doctor kulit pun fkir banyak kali nak siap kan 1k dalam tgn bagai. Biar guna product yg ambik masa lama asalkan kulit muka sihat dari product yg effect instantly end up muka rosak. Kalau dulu mia guna set skincare rm50 sebulan dapat 3-5 barang skrg skincare mia mahal oi even cleanser je dah rm60 satu tu belum masuk toner, moisturizer semua.
REBRAND??
Rebrand ni mcm ambik benda secara pukal yg takde jenama then buat jenama sendiri. Macam kat ig krim kilo tu la, beli timbang timbang je pastu letak dalam packaging sendiri, and buat jenama sendiri. Mostly they come from Thailand, and for sure high in chemicals sbb tu boleh janjikan kulit boleh peloles 3-7 hari. Sedangkan kulit naturally growth new cells pun dlm 28 hari kot alahai
p/s : Vitamin C is sensitive to light, dia boleh pack dlm plastic transparent macam tu je??!
Ciri-ciri krim yang berbahaya:
1- Tidak ada hasil ujian makmal.
2- Warna Krim ala-ala "shining" dan warna terlalu pekat.
3- Tekstur tak rata dan melekit-lekit dan tekstur kadang-kadang terpisah, ada bahagian yang berminyak atau padat dalam satu kemasan.
4- Bau menyengat, bau ala-la logam dan selalunya berbau sangat wangi sebab nak sembunyikan bau logam dan bau pun tajam je.
5- Panas, pedih dan perit semasa korang pakai produk tersebut. Mula-mula pakai kulit akan menjadi merah-merah dan gatal-gatal.
6- Kulit kemerah-merahan bila kena sinar matahari. Macam udang kena bakar.
7- Kulit putih pucat dan tak nampak semulajadi. Bukan putih kemerah-merahan tapi putih yang terlalu putih, pucat (pucat mayat) dan putih kelabu.
8- Hasil sangat cepat..
9- Kena terus bergantung pakai produk tersebut.
BAHAYA KRIM KILO/ KRIM TIMBANG YANG KORANG KENA TAHU!!!
1. KRIM, TONER, SERUM, LOSYEN OR APA PUN YG JENIS KILO NI ADALAH DIBUAT DI KILANG KECIL OR RUMAH KEDAI OR DIRUMAH YG TIADA GMP, KOTOR.
2. SEMUA JENIS KILO INI TIDAK MEMPUNYAI KELULUSAN FDA THAILAND. MAKNANYA, IANYA TIDAK SELAMAT. FDA ADALAH SEPERTI KKM DI MALAYSIA
3. SEMUA JENIS KILO INI TIDAK DIKETAHUI CAMPURAN BAHAN: BAHAN KIMIA BERACUN ATAU BAHAN YG HARAM JUGA MUNGKIN DIGUNAKAN
4. SEMUA JENIS KILO INI TIADA SIJIL HALAL THAILAND
5. SEMUA JENIS KILO INI ADALAH BIASANYA JENIS2 MURAH, UNTUK BERKESAN MERKURI, HIDROKUINON OR BYK LAGI RACUN DILETAKKAN SUPAYA MEMBERI KESAN CEPAT.
KEPENTINGAN KKM?
Ramai igt ada kkm maknanya selamat digunakan, padahal product kosmetik tak ada kelulusan kkm langsung, hanya product kesihatan ye ada kelulusan kkm sbb benda tu masuk dalam badan, product kosmetik diorg just ada notifikasi kkm je. Means macam dalam pantauan la, kalau ada report pasal product diorg baru pihak berkenaan tarik balik kkm diorg and buat ujian haha. Padahal masa nak dapat kkm ni dulu takyah masuk lab apa pun just inform pihak tu apa ingredient korang then dapatlah kkm, senang kan? Senang nya kita kena tipuuuuu huaaa sumpah tak tipu baca tweet bawah ni
KESAN PENGGUNAAN LOCAL SKINCARE
Ni semua negative feedback yg mia dapat harini dari twitter. Diorang dah kena awak awak tu takkan nak kena dulu macam ni baru nak nyesal?
SENARAI PRODUCT YG MEROSAKKAN KULIT
Tahun 2016
Bil | Nama produk | No. notifikasi (NOT) | Bahan kimia yang dikesan |
1 | Qu Puteh Whitening Pro 9 | NOT151106644K | Mercury |
Tahun 2015
Bil | Nama produk | No. notifikasi (NOT) | Bahan kimia yang dikesan |
1 | Hans Beauty Flawless Day Cream | NOT130304286K | Mercury |
2 | Hans Beauty Flawless Night Cream | NOT130304287K | Mercury |
3 | Hans Beauty Treatment Toner | NOT130304284K | Hydroquinone |
Tahun 2014
Bil | Nama produk | No. notifikasi (NOT) | Bahan kimia yang dikesan |
1 | AS Beauty Night Cream | NOT101103172K | Mercury |
2 | AS Beauty Day Cream | NOT101103272K | Mercury |
3 | Golden Horse Herbal Milk Lotion – GH507 | NOT120905457K | Mercury |
4 | Golden Horse Bio C omplex Cream – GH903-2 | NOT120905465K | Mercury |
5 | Dermaceutic Spot Cream | NOT101104772K | Hydroquinone dan Tretinoin |
6 | Dermaceutic Spot Peel Cream | NOT101104771K | Hydroquinone dan Tretinoin |
7 | Yellow Cream (Krim Ku-Neng) | NOT120101719K | Hydroquinone |
8 | Dnars Magic Gold Foundation | NOT111001084K | Hydroquinone |
9 | SF PROTECT & PERFECT DAY CREAM | NOT130604475K |
Mercury
|
Tahun 2013
Bil | Nama produk | No. notifikasi (NOT) | Bahan kimia yang dikesan |
1 | Sensual Meiji Skin Renewar Cream | NOT120204451K | Asid Azelaik |
2 | Acrena Pure Herbal Papaya Soap | NOT100802337K | Tretinoin |
3 | White Complex | NOT100801451K | Tretinoin |
4 | SS Pearl Cream | NOT110602263K | Mercury |
5 | SS Vita C Night Repair | NOT110602264K | Mercury |
6 | Cellnex Anti-Sensitive Essence Treatment | NOT120905219K | Betamethasone |
7 | Natural 99 Night Cream | NOT120300526K | Mercury |
8 | Natural 99 Day Cream | NOT120300524K | Mercury |
9 | SF Beauty Night Cream (Facial) | NOT120602462K |
Mercury
|
10 | SF Beauty Day Cream (Facial) | NOT120602461K | Mercury |
11 | Aveana Night Revival Cream | NOT110404581K | Tretinoin |
12 | Blemished Skin Ampoules | NOT110204305K | Asid Azelaik |
13 | Golden Horse B&W Cream - GH902-1 | NOT120905460K | Mercury |
Tahun 2012
Bil | Nama produk | No. notifikasi (NOT) | Bahan kimia yang dikesan |
1 | Daily Protecting Cream - Joie et Beaute | NOT100778850K / NOT100602230K | Mercury |
2 | La Bliss Skin Brightening Cream | NOT100200697K | Tretinoin |
3 | Sans Dynamic Intensive Light Cream | NOT100400422K | Mercury |
4 | Putih Gebu Sun-Block Collagen Lotion | NOT100403485K | Mercury |
5 | Bio-Clear Intensive Renewal Complex | NOT120503338K | Tretinoin |
6 | MS Wellmood Enhancing Cream | NOT100602405K | Tretinoin |
7 | Renewing Cream | NOT100101066K | Tretinoin |
8 | E Beaute Total Revitalizer Night Cream | NOT100601840K | Mercury |
9 | MS Wellmood Lightening Complex | NOT100601840K |
Mercury
|
10 | MULTI CREAM | NOT100764415K | Tretinoin |
11 | DQISTEE NIGHT CREAM | NOT100802185K | Mercury |
12 | DQISTEE BEAUTY DAY CREAM | NOT100802184K | Mercury |
Tahun 2011
Bil | Nama produk | No. notifikasi (NOT) | Bahan kimia yang dikesan |
1 | Sensual Whitening Cream | NOT100751321K | Mercury |
2 | Derma-Rx Arbutin-R Cream | NOT090601556K | Tretinoin & Hydroquinone |
3 | DS.1 BLEMISH CONTROL CREAM | NOT091201931K | Azelaic Acid |
4 | EZEE SUNBLOCK CREAM | NOT100601213K | Mercury |
5 | MONTAGNE JEUNESSE CHOCOLATE MASQUE | NOT090700043K | Lead |
Tahun 2010
Bil | Nama produk | No. notifikasi (NOT) | Bahan kimia yang dikesan |
1 | NV Toner Treatment No 1 | NOT05010130KE | Hydroquinone & Tretinoin |
2 | NV Toner Treatment No 2 | NOT05010129KE | Hydroquinone & Tretinoin |
3 | Zara Rejuvenation Cream | NOT04081873KE | Hydroquinone |
4 | Beauty Line Beautitude Multi-Purpose Cream | NOT081201209K | Tretinoin |
5 | Pigmentation Recovery Complex | NOT081200745K | Tretinoin |
6 | De Putih Night Cream | NOT05100878KE | Tretinoin |
7 | BML HB LOTION | NOT090701336K | Tretinoin & Hydroquinone |
8 | Krim Malam Shana | NOT090600820K | Tretinoin & Hydroquinone |
9 | Natasya Gold Krim Herba | NOT091100971K | Tretinoin & Hydroquinone |
10 | Biotox Whitening Hydro Cream | NOT007061310K | Dexamethasone |
11 | Yoko Whitening Cream | NOT080100330K | Tretinoin |
12 | Sue Beauty Night Treatment Cream | NOT080600138K | Tretinoin |
Tahun 2009
Bil | Nama produk | No. notifikasi (NOT) | Bahan kimia yang dikesan |
1 | Felisa Gentle Peeling Solution | NOT07080210KE | Tretinoin |
2 | Krim Malam Rahsia Rimba | NOT080801112K | Hydroquinone |
3 | Biocosmet Whitening Essence Cream | NOT07122920KE | Hydroquinone |
4 | ~H2O+ Waterwhite Brightening Night Cream | NOT04102838KE | Hydroquinone |
5 | Magixpress Lightening Plus | NOT07121009KE | Hydroquinone |
6 | A.Vant Cream | NOT05022860KE | Tretinoin |
7 | Eriesya Spa Beauty Cream | NOT07122412KE | Hydroquinone |
8 | Natasya Krim Herba | NOT07090337KE | Hydroquinone & Tretinoin |
9 | Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya | NOT03090150KE | Tretinoin |
10 | Ratna Sari Whitening Night Cream | NOT080700826K | Tretinoin |
11 | ATIKA BEAUTY Renewal Night Cream | NOT04082451KE | Hydroquinone |
12 | Chantique - Whitening Night Cream | NOT04121404KE | Tretinoin |
Tahun 2008
Bil | Nama produk | No. notifikasi (NOT) | Bahan kimia yang dikesan |
1 | Khazanah White Pembersih Wajah | NOT05040954KE | Hydroquinone |
2 | Gloskin Krim Malam & Siang | NOT05082557KE | Hydroquinone |
3 | Reena's Astringen Lanjutan | NOT05010659KE | Hydroquinone |
4 | Skin Desires Deep Whitening Cleansing Milk | NOT07020213KE | Hydroquinone |
5 | EETYE Whitening Cream | NOT06080859KE | Hydroquinone |
6 | O'Lynn Skin Lightening Cream | NOT06110164KE | Tretinoin |