KEBURUKAN LOCAL SKINCARE

by - 8:49 PM

Hai and assalamualaikum guys, so dalam dua tiga hari ni berita pasal local skincare ni jadi viral lagi sekali. Sampai masuk paper bagai kali ni, tapi kenapa mangsa taknak mention product yg dia guna?? Bukan kes tutup periuk nasi ke apa ni kes keselamatan orang lain dripada segelintir manusia-manusia yang tamak keuntungan sanggup jadi kan org lain jadi mangsa . So jom baca mia nak bebel kat bawah



"KELEBIHAN LOCAL SKINCARE" (KATANYA)
  1.  Menghapuskan pigmentasi & jeragat
  2.  Menghilangkan jerawat & kesan parut jerawat
  3.  Mencegah bintik hitam (blackhead + whitehead)
  4. Mencerah serta menyekatakan tona kulit
  5.  Mengatasi masalah kulit berminyak
  6. Membuang sel kulit mati dimuka Mencerah & melembutkan kulit menjadi mulus gebu
  7.  Menghalus, melembab serta mengecilkan liang pori
  8.  Menghapuskan kedutan & menjadikan kulit lebih anjal
  9.  Menjadikan kulit muka berseri-seri & awet muda
  10.  Kulit lebih bercahaya dan glowing secara semulajadi

Mia tahu ramai suka sgt and obses nak putih macam A4 paper, entahlah asal. Korang tau tak kulit cerah ni tak best, esp bila sunburn and ada jerawat, huih dari jauh nampak merah jerawat tu haaaaa. Ramai yg taksub bila dengar satu product yg boleh selesaikan semua masalah dgn harga yg sgt murah. Kalau dulu kita gi klinik nak buat laser ke apa ke dah beribu, belum campur nak putih bagai. Ni product korang tu harga rm30 dah boleh dapat semua waaaah saving ke tu? Are u sure semua ni saving and berbaloi? For me tak, sbb bila dah breakout you akan spend a looooooot of money untuk repair balik skin you huhuhuhu berbaloi ke? So better takyah involve dgn local skincare yg kita tau mmg rosakkan muka. Tulah ramai yg nak lawa flawless masa singkat, sibuk bersaing siapa paling putih. Tak kisah langsung pasal kesan kesan masa akan datang. Korang tau tak dalam skincare fav korang tu ada apa? Apa benda yg bgi putih gila dalam masa seminggu ni, haa nak tau? Baca bawah.



 APA ITU MERCURY?

Mostly skincare yg menyebabkan breakout yg teruk ni ada 2 benda fav dalam tu, iaitu hydroquinone and mercury. Mercury tu masa sekolah kita tau kan dia yg dalam termometer tu? Sekali pecah and tersentuh nnti ada side effect yg teruk kan kononnya boleh mandul? (taktau side effect apa lagi sbb tak pernah bgi pecah)
Hahaha masa sekolah takut sgt la konon ngan termometer tu, skrg dah habis sekolah korang yg siap apply benda alah tu kat muka korang wah wah wah rancak nya kan? Selebihnya boleh google la apa tu mercury sbb ni mia ckp berdasarkan knowledge sendiri. Kalau tak yakin boleh google ye.

APA ITU HYDROQUINONE?

Hydroquinone ni adalah sejenis bahan kimia yang selalu didapati dalam produk kecantikkan. Kebanyakkan local product yang aku tahu ada hydroquinone .Penggunaan Hydroquinone dalam produk kecantikkan ni bertujuan membunuh ‘melanocytes’, sejenis sel yang bertindak menghasilkan melanin. Melanin tu warna kulit kita lah .

Hydroquinone ni sebenarnya digunakan untuk tujuan mencuci gambar. Tapi, sebab zaman sekarang ni orang sibuk nak cantik, nak putih cepat. Hydroquinone ni ditambah dalam produk kecantikkan awak2 semua. Yelah! supaya kesan skincare tu lebih pantas. Contohnya, korang sapu2 krim malam esok pagi dah jadi glowing gila. Cepatkan? Tapi, kalau korang nak tahu bahan kimia ni menghakis kulit korang tau!

Hydroquinone adalah sejenis bahan kimia yang boleh didapati di dalam kosmetik. Penggunaan hydroquione adalah untuk membunuh ‘melanocytes’, sejenis sel yang bertindak menghasilkan melanin. Untuk itu kulit akan kelihatan cerah dan semakin putih. Sebenarnya bahan hydroquione digunakan untuk proses mencuci gambar. Malangnya pada hari ini ia dicampurkan secara meluas dalam pelbagai jenama kosmetik sebagai agen pemutih kulit yang menyebabkan kulit semakin nipis dan mengelupas. Sebenarnya hydroquinone adalah sangat merbahaya dan merupakan bahan kimia yang sangat kuat, ia juga digunakan dalam proses ‘foto-herbicides’, pemprosesan getah dan pemprosesan ‘hair dye’.

Mengikut sumber Pusat Racun Negara, syarikat kosmetik hanya dibenarkan menggunakan hydroquinone 2% sahaja. Untuk hydroquinone 4%, ia boleh digunakan dengan arahan atau preskripsi daripada doktor. Pakar kecantikan juga tidak dibenarkan menggunakan hydroquinone 4% 



KESAN SAMPINGAN  SELEPAS MENGGUNAKAN PRODUCT ADA 2 ATAS TU


  1.  Penghitaman kawasan kulit, terutama jika terdedah kepada cahaya matahari atau cahaya UV tiruan.
  2. Kawasan kulit boleh terluka, terbakar, kering dan gatal sebelum kimia racun itu menyerap lebih jauh ke dalam muka.
  3. Turut menyebabkan kesan sampingan maut lain iaitu sesak nafas, serangan lelah, bengkak bibir, muka dan lidah serta ruam.
  4. Jika terkena mata, ia turut boleh menyebabkan kesan terbakar pada mata dan menjejaskan penglihatan. Penggunaan untuk jangka masa panjang boleh menyebabkan kulit menjadi hitam.
  5. Jika tidak digunakan selama beberapa hari kulit akan menjadi hitam dan bertompok.
  6. Ia juga boleh menghalang proses pigmentasi di mana, proses ini mengurangkan perlindungan ke atas kulit daripada pancaran ultara ungu dan sinaran matahari berlebihan yang berpotensi mendapat kanser kulit

 

KESAN JANGKA MASA SINGKAT

  1. Pada pemakaian awal dapat menyebabkan iritasi pada kulit dan kemerahan bila terkena sinar matahari.
  2.  Tidak timbul jerawat sama sekali, hal ini disebabkan lapisan kulit epidermis kita telah rosak, kulit sudah tidak mengandung protein & melanin yang berfungsi untuk melindungi radiasi paparan matahari juga sudah tidak berfungsi, sehinggakan kuman tidak akan menyukai kulit yang telah tercemar merkuri termasuk nyamuk sekalipun. Tapi hal ini juga hanya bersifat sementara,kalau kulit dah rosak mulalah timbul jerawat besar yg ada nanah
  3. Pori-pori nampak mengecil & halus, ini sebenarnya disebabkan lapisan kulit terluar wajah kita telah nipis & dihakis oleh logam merkuri, sbb tu kita nampak flawless je





KESAN JANGKA MASA PANJANG

1. Memperlambat pertumbuhan janin dan mengakibatkan keguguran (Kematian janin dan Mandul)
2. Parut hitam pada kulit akan memucat (seakan pudar) dan bila pemakaian dihentikan, parut tu naik balik and makin teruk.
3. Effect REBOUND iaitu memberikan respond berlawanan (kulit menjadi gelap dan kusam masa stop guna)
4. Bagi wajah yang tadinya bersih lambat laun akan timbul biji/parut atau dry patches yang sangat teruk dan lama-kelamaan berubah hitam
5.Mengakibatkan kanser kulit.




Unsur merkuri yang ada di kosmetik akan diserap melalui kulit, kemudian akan dialirkan melalui darah keseluruh tubuh dan merkuri itu akan mengendap di dalam ginjal yang berakibat terjadinya GAGAL GINJAL YANG SANGAT TEROK. (BOLEH MENYEBABKAN KEMATIAN) Merkuri dalam krim pemutih dapat menimbulkan keracunan bila digunakan untuk waktu lama.



JANGAN TERTIPU  


Dengan product kosmetik bermerkuri yg menjanjikan 'wajah putih dalam tempoh yang singkat'
Seminggu saja menggunakan produk ini, wajah dijamin langsung cantik smh
And kalau ada produk yang boleh membuatkan wajah menjadi putih dalam seminggu, pengguna harus berwaspada kerana kemungkinan produk itu mengandung merkuri. Kosmetik yang selamat boleh memutihkan kulit, namun memerlukan waktu yang lama bahkan boleh berbulan-bulan
Pengguna seharusnya tidak tergiur hanya dengan gambar-gambar menjadi putih dalam waktu singkat saja. Kandungan merkuri boleh menyebabkan kerosakan pada kulit, susunan saraf, otak, ginjal, serta gangguan perkembangan janin. Jangan lupa, merkuri juga dapat menyebabkan kanser.
Mia antara mereka yang teraniaya tu pun sebab tengok gambar-gambar testi yang cantik, putih flawless huhu. Kita wanita siapa yang taknak cantik kan?  Tapi tu semua kejap je after berhenti guna, kulit muka jadi bertambah teruk, jerawat naik bak cendawan non stop plak tu pastu lagi best muka jadi sgt sensitive, and skrg kena pakai semua drugstore, product doctor, dah ah mahal ee nyesal gedik try.


And sebenarnya kalau korang nak tau, mostly local skincare kita tu just rebrand dari kilang yg sama, sbb tu ada cleanser/sabun product A sama ngan product B, serum sama, toner pedih ya amat, kadang toner guna air mawar je alahai aku beli kat kedai botol besar lagi murah. Kalau korang perasan kat ig bersepah gila  igshop yg jual krim kilo la timbang la apa lah. Kita pun taktau bersih ke tak diorg bagi krim kilo tu haih sbb tu ramai je founder yg muda muda dah ada skincare sendiri, bukan nak halang orng muda berbusiness and mmg tak salah  nak business yg salahnya bila barang korang tu buat muka org lain jadi teruk, dosa tau tak merosakkan ciptaan Allah dgn sengaja!! Marah ni marah haih, bukan mia sorang je kena kalau kat twitter tu fb, paper dah banyak kali org cakap pasal keburukan satu product tapi ada lagi anak anak muda gedik nak try ya allah korang mmg tak sayang kulit ke apa? Pastu sibuk nak ckp awak pakai elok la apa la, mmg skrg elok, cuba berhenti takpun pakai je biar bertahun pastu gi check kat doctor kulit awak nnti dia bagi tau la tahap kanser kulit awak haaa time tu get ready segala duit, emosi mental whatever nak berdepan dgn cacian org hinaan org tentang kulit awak, time tu baru awak nyesal, baru sibuk nak tweet, "hi awak nak minta tolong ni apa product yg selamat yg boleh pulihkan breakout saya ni'' hahaha bukan taknak tolong dah letih tolong tapi still degil, awak yg taknak cegah dari awal siap sound org jgn sibuk hal awak, haa time ni mmg taknak sibuk biar awak sendiri cari jalan penyelesaian sendiri. Ni bukan mia nak sound ke apa mia nak awak sedar, sbb mia sendiri pernah kena and dah habis beribu utk pulihkan, korang yg masih awal and tak kena apa lagi better stop, buang bakar segalanya, kita nak guna kulit muka ni bertahun tau bukan setahun dua, kita ni pun bukannya kaya mcm artis boleh gi treatment senang mcm tu, kita nak jumpa doctor kulit pun fkir banyak kali nak siap kan 1k dalam tgn bagai. Biar guna product yg ambik masa lama asalkan kulit muka sihat dari product yg effect instantly end up muka rosak. Kalau dulu mia guna set skincare rm50 sebulan dapat 3-5 barang skrg skincare mia mahal oi even cleanser je dah rm60 satu tu belum masuk toner, moisturizer semua.


REBRAND??

Rebrand ni mcm ambik benda secara pukal yg takde jenama then buat jenama sendiri. Macam kat ig krim kilo tu la, beli timbang timbang je pastu letak dalam packaging sendiri, and buat jenama sendiri. Mostly they come from Thailand, and for sure high in chemicals sbb tu boleh janjikan kulit boleh peloles 3-7 hari. Sedangkan kulit naturally growth new cells pun dlm 28 hari kot alahai

p/s : Vitamin C is sensitive to light, dia boleh pack dlm plastic transparent macam tu je??!












Ciri-ciri krim yang berbahaya:

1- Tidak ada hasil ujian makmal.
2- Warna Krim ala-ala "shining" dan warna terlalu pekat.
3- Tekstur tak rata dan melekit-lekit dan tekstur kadang-kadang terpisah, ada bahagian yang berminyak atau padat dalam satu kemasan.
4- Bau menyengat, bau ala-la logam dan selalunya berbau sangat wangi sebab nak sembunyikan bau logam dan bau pun tajam je.
5- Panas, pedih dan perit semasa korang pakai produk tersebut. Mula-mula pakai kulit akan menjadi merah-merah dan gatal-gatal.
6- Kulit kemerah-merahan bila kena sinar matahari. Macam udang kena bakar.
7- Kulit putih pucat dan tak nampak semulajadi. Bukan putih kemerah-merahan tapi putih yang terlalu putih, pucat (pucat mayat) dan putih kelabu.
8- Hasil sangat cepat..
9- Kena terus bergantung pakai produk tersebut.






BAHAYA KRIM KILO/ KRIM TIMBANG YANG KORANG KENA TAHU!!!

1. KRIM, TONER, SERUM, LOSYEN OR APA PUN YG JENIS KILO NI ADALAH DIBUAT DI KILANG KECIL OR RUMAH KEDAI OR DIRUMAH YG TIADA GMP, KOTOR.

2. SEMUA JENIS KILO INI TIDAK MEMPUNYAI KELULUSAN FDA THAILAND. MAKNANYA, IANYA TIDAK SELAMAT. FDA ADALAH SEPERTI KKM DI MALAYSIA

3. SEMUA JENIS KILO INI TIDAK DIKETAHUI CAMPURAN BAHAN: BAHAN KIMIA BERACUN ATAU BAHAN YG HARAM JUGA MUNGKIN DIGUNAKAN

4. SEMUA JENIS KILO INI TIADA SIJIL HALAL THAILAND

5. SEMUA JENIS KILO INI ADALAH BIASANYA JENIS2 MURAH, UNTUK BERKESAN MERKURI, HIDROKUINON OR BYK LAGI RACUN DILETAKKAN SUPAYA MEMBERI KESAN CEPAT.



KEPENTINGAN KKM?

Ramai igt ada kkm maknanya selamat digunakan, padahal product kosmetik tak ada kelulusan kkm langsung, hanya product kesihatan ye ada kelulusan kkm sbb benda tu masuk dalam badan, product kosmetik diorg just ada notifikasi kkm je. Means macam dalam pantauan la, kalau ada report pasal product diorg baru pihak berkenaan tarik balik kkm diorg and buat ujian haha. Padahal masa nak dapat kkm ni dulu takyah masuk lab apa pun just inform pihak tu apa ingredient korang then dapatlah kkm, senang kan? Senang nya kita kena tipuuuuu huaaa sumpah tak tipu baca tweet bawah ni









 








KESAN PENGGUNAAN LOCAL SKINCARE

Ni semua negative feedback yg mia dapat harini dari twitter. Diorang dah kena awak awak tu takkan nak kena dulu macam ni baru nak nyesal?






 SENARAI PRODUCT YG MEROSAKKAN KULIT 









Tahun 2016
BilNama produkNo. notifikasi (NOT)Bahan kimia yang dikesan
1Qu Puteh Whitening Pro 9NOT151106644KMercury 






Tahun 2015
BilNama produkNo. notifikasi (NOT)Bahan kimia yang dikesan
1Hans Beauty Flawless Day CreamNOT130304286KMercury 
2Hans Beauty Flawless Night CreamNOT130304287KMercury 
3Hans Beauty Treatment TonerNOT130304284KHydroquinone






Tahun 2014
BilNama produkNo. notifikasi (NOT)Bahan kimia yang dikesan
1AS Beauty Night CreamNOT101103172KMercury 
2AS Beauty Day CreamNOT101103272KMercury 
3Golden Horse Herbal Milk Lotion – GH507NOT120905457KMercury
4Golden Horse Bio C omplex Cream – GH903-2NOT120905465KMercury
5Dermaceutic Spot CreamNOT101104772KHydroquinone dan Tretinoin 
6Dermaceutic Spot Peel CreamNOT101104771KHydroquinone dan Tretinoin
7Yellow Cream (Krim Ku-Neng)NOT120101719KHydroquinone
8Dnars Magic Gold FoundationNOT111001084KHydroquinone
9SF PROTECT & PERFECT DAY CREAMNOT130604475K
Mercury






Tahun 2013
BilNama produkNo. notifikasi (NOT)Bahan kimia yang dikesan
1Sensual Meiji Skin Renewar CreamNOT120204451KAsid Azelaik
2Acrena Pure Herbal Papaya SoapNOT100802337KTretinoin 
3White ComplexNOT100801451KTretinoin
4SS Pearl CreamNOT110602263KMercury
5SS Vita C Night RepairNOT110602264KMercury 
6Cellnex Anti-Sensitive Essence TreatmentNOT120905219KBetamethasone 
7Natural 99 Night CreamNOT120300526KMercury 
8Natural 99 Day CreamNOT120300524KMercury
9SF Beauty Night Cream (Facial)NOT120602462K
Mercury
10SF Beauty Day Cream (Facial)NOT120602461KMercury
11Aveana Night Revival CreamNOT110404581KTretinoin 
12Blemished Skin AmpoulesNOT110204305KAsid Azelaik
13Golden Horse B&W Cream - GH902-1NOT120905460KMercury

Tahun 2012
BilNama produkNo. notifikasi (NOT)Bahan kimia yang dikesan
1Daily Protecting Cream - Joie et BeauteNOT100778850K /
NOT100602230K
Mercury 
2La Bliss Skin Brightening CreamNOT100200697KTretinoin 
3Sans Dynamic Intensive Light CreamNOT100400422KMercury
4Putih Gebu Sun-Block Collagen Lotion NOT100403485KMercury
5Bio-Clear Intensive Renewal ComplexNOT120503338KTretinoin 
6MS Wellmood Enhancing CreamNOT100602405KTretinoin 
7Renewing CreamNOT100101066KTretinoin 
8E Beaute Total Revitalizer Night CreamNOT100601840KMercury
9MS Wellmood Lightening ComplexNOT100601840K
Mercury
10MULTI CREAMNOT100764415KTretinoin
11DQISTEE NIGHT CREAMNOT100802185KMercury 
12DQISTEE BEAUTY DAY CREAMNOT100802184KMercury 


Tahun 2011
BilNama produkNo. notifikasi (NOT)Bahan kimia yang dikesan
1Sensual Whitening CreamNOT100751321KMercury 
2Derma-Rx Arbutin-R CreamNOT090601556KTretinoin & Hydroquinone
3DS.1 BLEMISH CONTROL CREAMNOT091201931KAzelaic Acid
4EZEE SUNBLOCK CREAMNOT100601213KMercury
5MONTAGNE JEUNESSE CHOCOLATE MASQUENOT090700043KLead


Tahun 2010
BilNama produkNo. notifikasi (NOT)Bahan kimia yang dikesan
1NV Toner Treatment No 1NOT05010130KEHydroquinone & Tretinoin
2NV Toner Treatment No 2NOT05010129KEHydroquinone & Tretinoin
3Zara Rejuvenation CreamNOT04081873KEHydroquinone 
4Beauty Line Beautitude Multi-Purpose CreamNOT081201209KTretinoin
5Pigmentation Recovery ComplexNOT081200745KTretinoin
6De Putih Night CreamNOT05100878KETretinoin
7BML HB LOTIONNOT090701336KTretinoin & Hydroquinone
8Krim Malam ShanaNOT090600820KTretinoin & Hydroquinone
9Natasya Gold Krim HerbaNOT091100971KTretinoin & Hydroquinone
10Biotox Whitening Hydro CreamNOT007061310KDexamethasone
11Yoko Whitening CreamNOT080100330KTretinoin
12Sue Beauty Night Treatment CreamNOT080600138KTretinoin


 Tahun 2009
BilNama produkNo. notifikasi (NOT)Bahan kimia yang dikesan
1Felisa Gentle Peeling SolutionNOT07080210KETretinoin
2Krim Malam Rahsia RimbaNOT080801112KHydroquinone
3Biocosmet Whitening Essence
Cream
NOT07122920KEHydroquinone
4~H2O+ Waterwhite Brightening
Night Cream
NOT04102838KEHydroquinone
5Magixpress Lightening PlusNOT07121009KEHydroquinone
6A.Vant CreamNOT05022860KETretinoin
7Eriesya Spa Beauty CreamNOT07122412KEHydroquinone
8Natasya Krim HerbaNOT07090337KEHydroquinone & Tretinoin
9Temulawak Whitening Pearl Cream PapayaNOT03090150KETretinoin
10Ratna Sari Whitening Night CreamNOT080700826KTretinoin
11ATIKA BEAUTY Renewal Night CreamNOT04082451KEHydroquinone
12Chantique - Whitening Night CreamNOT04121404KETretinoin


Tahun 2008
BilNama produkNo. notifikasi (NOT)Bahan kimia yang dikesan
1Khazanah White Pembersih
Wajah
NOT05040954KEHydroquinone
2Gloskin Krim Malam & SiangNOT05082557KEHydroquinone
3Reena's Astringen LanjutanNOT05010659KEHydroquinone
4Skin Desires Deep Whitening
Cleansing Milk
NOT07020213KEHydroquinone
5EETYE Whitening CreamNOT06080859KEHydroquinone
6O'Lynn Skin Lightening CreamNOT06110164KETretinoin

You May Also Like

79 comments

  1. Tak tahu kenapa masih lagi ada orang nak pakai local skincare even dah banyak bad review.. Muka dah breakout baru tahu langit tu tinggi ke rendah..

    ReplyDelete
  2. Walau banyak cakap keburukan tapi masih ada lagik masih nak menggunakan seperti kulit muka ada banyak so rosak boleh tukar yang lain

    ReplyDelete
  3. my friend dia pakai local product jugak then muka dia mula2 je putih bersih pastu kena matahari sikit dah gelap and i rasa dia teruskan pakai sebab i tgk dlm beberapa hari muka dia putih balik. dalam setahun mcm tu skrg muka dia breakout! dekat dahi banyak jerawat. BUT yg i pelik DIA STILL PAKAI LAGI. urgh

    ReplyDelete
  4. help me i pulak geram hahaha😂😂

    ReplyDelete
  5. Malas nak ketengahkan isu ni. Kalau kita bagitau, ayat sama jugak "Alah, aku pakai ok je." "Bedah tu pakai cantik je." Dulu pernah jugak pakai Dnars, memang cantik, gebu, tak ada jerawat, parut apatah lagi, pores pun tak nampak. Lepas tu lama-lama, krim pun dah tak bagi effect. Nasib la tak breakout teruk. Just muka jadi lebih kusam dan gelap even tengah pakai produk tu.

    **Pengalaman saya dan member, kalau tak buka penutup krim malas Dnars tu 2-3 bulan, haa krim tu dari warna krim tetiba jadi hijau lumut.

    ReplyDelete
  6. Ada tips tak klau nk stop dah pkai produk2 local ni sbb die x boleh tibe2 stop pakai je kan ?
    #helpme ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. I dulu guna macamm2 produk before i settle for benda bawah ni.dulu kadang2 bersiap nk prgi kelas tapi bila tgok muka kt cermin terus down..amek makeup cepat2 calit sana calir sini..makin hodoh..terus cmpak beg baring atas katil nangis..anyhow saya guna yg bawah dn xder perubahan buruk yg jadi cuma skin jadi makin elok.skrg makeup pun dh xpakai.konfiden je.

      1. Cetaphil Cleanser for All skin types (my skin is oily but i guna this one lepas baca bad review the cleanser yg khusus utk oily skin)
      2. Tidact gel/T3 Mycin (clindamycin)
      3. St. Ives Apricot scrub 2-3 kali seminggu.
      Pakai 3 ni konfem flawless insya-Allah...lamabat tapi berkesan.dlm seminggu dua dh dpt nmpak tona jadi sekata balik jerawat pn dh segan nk dtg kulit pn xminyak da ;) goodluck babe.

      Delete
    2. Tq for the respon☺
      Tp still x clear sama ada boleh terus stop guna local product n terus consume product yg u suggest tu ke ? Atau macam mana ? N produk2 tu boleh beli kat mana ye ? ����

      Delete
    3. Good info. Thanks for sharing.

      Delete
    4. bila stop local mmg muka breakout akibat dari history dlu..kulit telah terhakis..jerawat dan lain2 takot nak keluar sbb kita dah sapu mcm2..so bile stop tu dia laju je kluar..

      lapisan kulit yg Allah jadikan 3 lapisan
      epidermis
      dermis
      tisu subkuteneous

      lapisan epidermis kulit iaitu kulit luar mengandungi 5 lapisan kulit yang mana setiap lapisan mengambil masa 28-35hari untuk terhasilnya kulit yang baru.. berbeza dgn produk tinggi kimia yang menjanjikan kesan seawal 3 hari.. ia membuang lapisan epidermis kulit..

      sebab itu dapat kulit cantik segera. tpi lama kelamaan kulit akan rosak

      free consultation boleh pm
      anis 0179473412

      Delete
    5. For me, i suggest u untuk stop slow slow means mcm stop satu item tu satu week. Minggu ni stop guna cleanser, minggu depan stop night cream. And jgn lupa ganti benda lain, takkan la nak cuci muka guna air je tak bersih la kan. (recommendation: cetahpil,aiken utk breakout) for night cream ni la paling takut nak stop kan nanti naik banyak kan? Takpe, kalau stop night cream amalkan pakai bedak sejuk/kuncit serbuk dekat muka utk elakkan naik jerawat. Yg penting jgn guna lemon/baking soda/scrub/ubat gigi ni nnti hakis ur skin lgi. N semua produk yg kawan kita suggestkan atas tu, boleh beli dekat farmasi/watson/guardian (HUAAAA SETAHUN KEMUDIAN BARU REPLY AMPUNNNN)

      Delete
    6. sebab baru baca then terasa nak reply. haha. you boleh stop immediately then cuci muka guna air suam supaya pori2 terbuka sikit and bagi ruang utk kotoran keluar. next, jgn lupa cool down or tutup semula pori dgn air sejuk.. after a week better cari product yg bebas chemical and based on botanical. kalau nak free consultant ws je 011-317 215 60 accepted with a open heart <3

      Delete
  7. Sy dulu lepas saja sekolah bekerja dengan tauke jual Dms 360 pada 2015 .ramai pelanggan tetap yg beli then habis beli lagi .hasil dia mmg cantik sbb flawless sgt . Asalnya, kulit sy cerah elok je cume ada satu dua jerawat tumbut bila period tapi hilang .di sebabkan mengada na cuba sy pun apply Dms 360 jugak selama 3 bulan .hasil dia seminggu lebih da nampak ,mmg flawless sangat .cerah dari sebelum dan shinning je .then, lepas 3 bulan pakai sy pun stop pakai sbb tak mmpu na beli ,time tu stop sbb tngah belaja ,yelah guna PTPTN saja tak cukup lah kalau na belanja lain .hasilnye bila stop ,smnggu dua just tumbuh satu dua tapi lama kelamaan jerawat tumbuh mendadak sgt di bhg T-zone ,dahi dan pipi sampai skrang 2017 muka sy teruk .bila terkena saja cahaya matahari walaupun na pergi ke kelas ,muke jadi gelap sangat.sdgkan kawan kita yg lain pegi lah mana2 muka tak gelap pun. Sebab muka takde melanin,takde benda yg boleh tolong muka sy utk mlndungi dari pancaran matahari.then macam2 sy cuba .dan baru2 nie sy cuba pakai pencuci muka hada labo dan serum eucerin saja .alhamdulillah walaupun hasil dia lambat tapi jerawat sy berkurang. Cuma kulit muka sy jadi gelap dari sebelum sy pakai skincare dms 360 .so pengajaran, pakai lah brg clinical ,walaupun agak mahal dan effect yg lambat ,tapi berbaloi .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy dlu pkai dms jugak. Kulit burn hitam legam. Dh lah hitam, kulit kering gila kot smpai tk boleh pkai bedak kt muka. Then now i pakai hada labo pnya cleanser, toner and milk lotion. Kulit kering dh ok. Alhamdulillah

      Delete
  8. saya pakai nourain. masa pakai muka makin cerah makin cerah makin cerah. memang cantik jerawat pon ada masa period aje. lepas berhenti muka hitam gila vavi. sebelum pakai nourain pon muka takdela hitam gini. muka macam terbakar. sape2 tengah pkai nourain, baik berhenti sekarang sebelom terlambat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama sis .skrg semua tegur nama gelap .burn x hilang .susah sgt hilang 😭

      Delete
  9. Amour skincare okay ke tak okay ya? Anyone pernah pakai produk ni tak? Saya pakai nourain pun mula2 je okay and flawless but then, lama2 jadi muka merah gila mcm udang kena bakar. So, now pakai Amour Skincare, saya tak pernah dengar feedback buruk tapi kalau sesiapa ada kesan buruk please let me know

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh i tau basic skincare set dia ada apa, and dari mana product tu?

      Delete
  10. pakai mary kay terbaik.. ade waranty 90 hari lagi..botanical product

    ReplyDelete
  11. anyone ada yg pernah dengar VSL skin care tak? tp dia punya simptom lain sikit. ia akan mengelupaskan kulit selama 2mnggu utk buang sel kulit mati katanya. then akan menjadi kan flawless dlm masa singkat / bebulan.

    agak2 apa pendapat korang ttg vsl ni? pada mulanya nak try tp was was gilaaa hahaha. tp tuulah tepengaruh tgok org cantik ni. ramai yg pakai.

    gigih sya buat research utk tengok vsl product ni bahaya or selamat tp masih tk jumpa jalannya haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Adik saya pakai memang lawa macam kulit telur muka dia. Saya pun macam nak cuba jugak. Ni tengah cari bahaya dia tapi tak pernah jumpa pulak.
      Rasa nak try je.

      Delete
    2. Korang dah try ke? Kalau ok, macam nak try juga ni. Sebab kawan2 yg pakai semua kulit dah transform habis. Tergugat 😂

      Delete
    3. Saya pun nak tye jgk. Adew sape2 yang penah try kew produk VSL nie. Sebab kalau review semua nmpk mcm positif. Mane taw kulit muka sendiri pulak leh transform jadi lebih better dari skg...

      Delete
    4. hai sis... sya mula2 mcm sis yg lain juga.. takut nak pakai VSL Beauty Care.. bt research and everything x jumpa.. at last sya beranikn diri nak cuba.. dri pngguna & now dah jdi distributor VSL Beauty Care ni.. sbb kwn2 smua nmpk hasilnya.. n sya sendiri berani jual sbb sya sendiri suda cuba & guna.. now dah x cari beauty care lain <3 klau sis berminat bole pm or whatapps sya k.. 019-8034838 #sharing utk kebaikan...

      Delete
    5. sy dah pkai vsl lebih 2yrs, Alhamdulillah, serasi ngan kulit.. xpyh nak makeup2 bgai...

      Delete
    6. btw i pun pakai vsl kulit berkesan srsly.

      Delete
    7. Kawan2 saya 3-4 org pakai vsl...2-3minggu je dah peloless gila. Sedangkan saya ibarat kura2 dlm cerita lumba lari antara arnab dan kura2. Saya terkial2 berbulan2 dgn produk drugstore. Korang nk pakai apa, silakan. Prinsip saya biar lambat asal selamat. Sebab saya pernah jd mangsa produk timbangkilo 2minggu je dh putih. Pastu lepas 2-3 bulan, muka jadi kusam, gelap, naik jerawat tak henti2. Skrg rawat dgn produk selamat dr korea dan drugstore je. Oohhh tidak...takkan ku ulangi lagi utk jadi bodoh mcm dulu 😂😂😂

      Delete
    8. Hi. Sesiapa nak dapatkan skincare vsl area selangor boleh whatsapp saya. Saya dealer vsl selangor dan kl. dijamin guide sampai gebusssss. www.whatsapp.my/0178761796

      Delete
    9. VSL ada mercury...cuma xde yg bg notifikasi kat kkm...sbb tu dia effect cepat...klu yg pregnant tu ...elakkn guna...sbb mercury nnti resap dlm darah boleh bhyakn janin...kwn sy guna...mmg muka jd cantik...peloles...tp mostly skin care yg bg effect cepat ni memudaratkan...https://damiasakinah.blogspot.com/2016/12/keburukan-local-skincare.html...ni antara blog yg boleh bg tambah pengetahuan...

      Delete
  12. Benti tati muke teruk..skang guna AEA QUEEN FACE POLISH TERBAIK

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam .queen face polish okay x pakai?

      Delete
    2. Saya pengguna queen face polish.. So far terbaik

      Delete
    3. aequeen face polish x OK!! berenti pakai terus breakout!! mencanak2 jerawat n biji2!! terseksa jiwa raga, patut pelik jer bau dah mcm kapur barus bau krim tu.mnyesal guna!!
      skg tukar nama,tukar packaging pulak Fjura lah ape bagai. pengasas pown kjap video promote product pkai tudung.kjap x,dkt personal ig free hair jer.motiff??.coverline ape? takut org cari, or kena saman ke? eee panas btol lh org buat product sampah nk kaya cpt ni! mnyeksa idop org betul!! KKM pown senang2 jer luluskn product2 smpah ni.cek lah dulu sblum bgi no kkm tu. dah jdi kes bru nk cek.bru nk tarik product. skg dorg dh tukar nama plak. ape cer?? (victim Aequeen face polish)

      Delete
    4. YEKE SIS..ANAK I PAKAI ELOK JE KULIT MMG CANTIKKA TP PROSES LMBAT NK PUTIH...LAIN XD POBLEM

      Delete
    5. Ya Allah sama la awak, saya pakai fjura sumoah hancur muka sy ni hmmm

      Delete
    6. Same here. Stop 1 month terus breakout yang sangat teruk ��

      Delete
    7. Sama saya..krim tu mmg x elok

      Delete
    8. Sama ler dgn akak..pakai fjura..mula2 pakai cantik..lama2 muka jd break out teruk sangat..naik jerawat nanah..muka jd gelap..teruk sangat..

      Delete
  13. By d way CANTIQA ok x penah denga ke i try search negative x jumpe lak

    ReplyDelete
  14. Qalish Beauty profix tu elok ke? takut jugak nak guna, tapi tak ada pulak dalam list product yang merosakkan kulit tu

    ReplyDelete
  15. fairlady beauty skincare ok tak

    ReplyDelete
  16. Replies
    1. profix inshallah ok, cuma dia terover claim je yg product dia boleh elokkan parut berlubang padahal takde cream yg boleh elokkan lubang lubang tu hehe

      Delete
  17. c-shine skincare ok x? claim to be daripada teknologi korea. skincare dia xde krim siang malam tu. cuma c-shine soap, serum (packaging pump-type serum) & c-booster (booster vitamin c dalam bentuk powder, tapi bila apply jadi macam liquidy, agak unik). serum & booster packaged dalam satu kotak, tapi sabun kena beli separate. claimed lulus kkm tapi disebabkan byk jgk produk local yg ada kkm tapi beracun, so... i xnak seller yg nak promote datang mai claim organik, because i dah baca dekat ig dia. i cuma nak tau shalicious ni masuk blacklist ke tidak. tq :) #nohate

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi. I pernah guna c-shine. Repeat sampai 4-5 set. Tapi, lepas tu kulit jadi immune dah. Tak berkesan dah and jerawat naik lepas stop guna. Tapi, at first pakai tu. Memang jerawat cepat kering and takdelah sampai pudarkan parut pun. Just keringkan jerawat. Sekarang I dah stop. Just guna product drugstore je.

      Delete
    2. Kalau guna sabun dia saja okay tak?

      Delete
  18. Assalamualaikum.. Siapa pernah dengar pasal mylara skincare? Boleh bagi review tk psal produk ni? Mybe produk ni baru tp i tak sure sgt.. I rasa mcm nak try produk ni tp ni local produk and i takut sgt kalau produk ni sama je mcm produk2 local yg lain.. I pernah breakout sbb pakai tati dlu and takut sgt kalau benda terjadi balik kalau i pakai mylara skincare semula.. Thanks in advance..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila pakai mylara and stop, muka ttp okay, tak breakout mcm I pakai tati dlu, berhenti kejap je dh penuh jerawat. So mylara mmg okay..Effect pun tak cepat sebulan bru nampak cerah sikit n jerawat ssh tumbuh

      Delete
  19. Replies
    1. For me better u beli yg dkt drugstores kalau u was was, sbb kalau i set set skincare camni i tak percaya dah

      Delete
  20. Muka sy pun pernah breakout lepas stop pakai gg sbb mom tegur kulit muka nampak makin menipis...merana selama setahun lebih..paling azab jerawat dekat pipi..memang pedih,sakit ..sebab jerawat naik besar-besar,bernanah dan merah..so selama rawat tu pakai

    1.Eversoft cleanser
    2.Pelembap jenama eversoft juga.Letak kat kawasan pipi nak kurangkan rasa sakit .sebab ada mcm effect sejuk gitulah for me😅

    3.tidact memang khas untuk jerawat


    And Alhamdulillah settle masalah

    Sekarang muka akan breakout pun sebab resdung atau time period...tapi tak lama dalam seminggu dua ajelah.Tapi dah start tukar skincare.

    1.Eversoft cleaser
    2.toner cosmoderm
    3. Moisturizer cosmoderm atau saya pakai moisturizer gel by ulfaa beauty

    4.tidact😘

    5.Greentea Mint Face Scrub by her inspire.Bukan nak promote tapi sejak pakai skrub ni parut sy yang lubang-lubang pun makin menaik maksudnya makin merata and pulih. ❤

    ReplyDelete
    Replies
    1. Produk ape lagi yg dpt merawat parut berlubang.?greentea mint scrub tu brape btol dah awk guna.?

      Delete
  21. Nak tanya la. between thejunni dengan mylara mana okay ya? two years dulu pernah try thejunni tapi seminggu je. Lepastu tertinggal thejunni tu kat hotel. so seminggu tu takda effect langsung lah. And tengok mylara punya feedback macam nice.

    ReplyDelete
  22. Nak tanya kalau produk avenys ok ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pernah guna macam ok je tp xguna lama pun sebab harga mahal pastu xtahan lama cepat benor abis huhu

      Delete
  23. For those yg tanya, this product elok ke tak, this product bagus tak, akak2 semua kena faham, kita kulit bukannya dicipta sama. Ada yang oily & acne prone, ada yang kulit jenis kering, ada jenis sensitive and ada yang jenis combination.
    Makanya di sini, you guys kena cari based on your skin's need . Cara yang terbaik adalah pergi dermatologist atau klinik2 kulit . Bukannya Dr. Ko je satu satunya klinik kulit kat malaysia ni k. Ada banyak lagi.(contoh klinik NAGOKE di tanjung Tualang) Instead of googling products review, better pergi google nearest location
    Klinik kulit. Bebas risiko 100%

    Cara kedua kalau taknak jumpa dr, is to analyze ingredients yang ada kat product tu.Yes nama2 chemicals mcm Glycerin, Allantoin, Betaine, Hyaluronic acid semua tu. Korang kena tahu sendiri kulit korang boleh tahan ke idok dgn bahan2 tu. Contohnya, haritu saya beli CETAPHIL OILY SKIN CLEANSER. Walaupun beratus2 good reviews siap dermatologist tested lagi, my skin's condition didnt improve even one bit. So i stopped using it. A few months after that, saya beli ST.IVES GREENTEA BLACKHEAD SCRUB. itupun banyak review tapi kulit saya breakout lps guna. Rupa2 nya kedua2 products ni contain SLS and my skin cannot tolerate this particular bahan. So, everytime saya nak cuba product baru, saya scan dulu ingredients yang diguna. Nak tahu kulit korang sensitive ingredients apa, boleh visit this site : https://www.skincarisma.com/ingredient-analyzer

    Ketiga, kalau taknak berhabis duit, saya syorkan anda semua tak payah beli product. Beli organic oats, blend lepastu taruk kat muka. Ini inshaa allah berkesan sbb mmg 100% natural. (Ada banyak lagi cara lain like buat bedak sejuk sendiri drpd beras, or letak gel dr aloe vera asli (lidah buaya). Pegi google aih. Banyak yg ada)

    Keempat.
    Akak2 semua. Berhentilah guna local skincare products yang ada cream malam cream siang tu. Bukannya taknak support, (syaa sendiri ada guna brand coffee scrub local 90'S BEAUTY COFFEE SCRUB, and it was LEGIT) cuma saya rekomenken akak2 semua guna product yang organic-based mcm INNISFRE, COSRX, LANEIGE, THEBODYSHOP, ataupun product2 drugstore mcm GARNIER, LOREAL and NANOFRESH WHITE tu. Nak senang pergi google play/ app store and install app Hermo.my

    Itu jeler dari saya. Saya jenis kulit acne prone oily. Sekarang alhamdullilah kulit dah flawless using these products. Do check them out!
    1) Cleanser : DEAR KLAIRS GENTLE BLACK SUGAR CHARCOAL SOAP
    2) Moisturizer : INNISFREE GREEN TEA SEED SERUM, BENTON SNAIL BEE HIGH CONTENT SKIN ESSENCE
    3) Exfoliater : SKINFOOD BLACK SUGAR WASH OFF MASK, 90'S BEAUTY COFFEE SCRUB
    4) Mask : NARUKO (WARNA MERAH), LOREAL PARIS PURE CLAY MASK (ANTI PORES & ILLUMINATING)
    5) Acne treatment : COSRX ONE STEP ORIGNAL CLEAR PADS
    6) Scars treatment : BY WISHTREND C20 VitaminC 21.5 ADVANCED SERUM
    7) Sunblock : ETUDE HOUSE SUNPRISE DAILY.
    8) makeup remover : HEIMISH ALL CLEAN BALM, GARNIER
    MICELLAR WATER.
    9) toner : FRESH ROSE DEEP HYDRATION FACIAL TONER

    Sincerely,
    Budak yg belajo dermatological chemistry kat uni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. A very good info..thumbs up

      Delete
    2. Miss alia..
      Thanks. Finally someone has spoken what ive had in my minds. Bosan gila asyik dok tanya, ni ok ke tak?..tu ok ke tak?
      Better korang gi join group fb "sembang produk kecantikan dan kesihatan". Akak2 dlm tu ramai yg byk ilmu kecantikan dan tak lokek share ilmu. Saya pun byk belajar dgn sis syiro "shopholic by syiro". Byk info2 bermanfaat yg sis syiro share.
      Cuma satu la korang kena ingat...ciri2 ketara produk timbangkilo, dia pukul habis ckp semua jenis kulit boleh pakai. Like..SERIOUSLY??? Gila ka apa? Sedangkan drugstore punya product semua ada ckp ni utk oily, ni utk dry skin, ni utk normal, yada yada yada..be realistic please, women...SMH

      Delete
    3. Sorry...ralat..
      "skinholic by syiro"

      Delete
  24. Ada yang guna deluxe beauty cream tak . Nak tahu selamat ke tk ;(

    ReplyDelete
  25. mylara skincare okay ke ? kata nya medical based

    ReplyDelete
  26. lepas muka jahanam teruk gara2 glow glowing 3 tahun lalu aq struggle cri produk mcm2 dlm tmpoh 3 thn & finally korean brand jgk mmg trbaik.. pakai smua set cantella & tea tree from iunik...yg pasti jelas smua ingredient dy best2 & bleh check dlm skincarisma.com

    ReplyDelete
  27. Berhati2 dgn smua local product. Bukan nk bash local product tp btter guna drugstore or much2 btter cuba natural product yg mmg chemical free.. result mmg lmbat but worth it n paling pnting selamat. N xde effect buruk lpas stop.kulit yg sihat bukannya dilihat dri segi nmpak licin n shining mcm telur dikupas. Cuba tgok kulit baby.. sy pnh kena jerawat yg teruk akibat local product. Mulanya nk hilangkn jeragat shj...tp jerawat batu bnanah teruk kuar sampaikn kena pi skin specialist. Pakar kulit bgi ubat oral@pil n krim muka.
    Mgikut dr kulit, xde istilah healing utk product sapuan/krim. If pakai apa2 krim then kuar pimples or bumps yg bnanah or kulit jadi merah n smkin teruk..means mmg product tu ada harsh chemical n x ssuai dgn kulit. Btter stop.. unless kita makan ubat yg ditelan/oral medicine mmg akn ada reaction dri tubuh. Alhamdulillah sy spent almost rm500 treatment d pakar kulit n within 3 months kulit pulih sepenuhnya. Pls b careful dgn all those testimonials. Mmg mgiurkan tp once u apply high chemical product to ur skin long term effect sngt2 parah. Now sy just amalkn pngambilan makanan yg sihat..amik vits utk back up daily nutrients needed, pakai natural product mcm rose hip oils,bedak sejuk bidara and essence and minum bnyk air. Kulit sihat bukan bmkna kena pinkish tegang n licin tp kulit yg normal mcm kulit baby..lagilah if kesab yg cepat seawal 3 ke 5 hari...cz product yg selamat mmg amik masa at least 28 days ikut kitaran kulit.. cantik luaran...paling penting cantik dalaman... n cantik d mata Allah insyaAllah

    ReplyDelete
  28. Fairlady skincare yg liya maisarah tu sape pernah try? Ok tk??

    ReplyDelete
  29. Betul ke fjura polish treatment tak ok?produk ape yg selamat untuk hilangkan jeragat degil?

    ReplyDelete
    Replies
    1. X ok jgn la gunaaaa habis hancur nnti muka

      Delete
    2. Assalamualaikum sis?? Sy nk tanya, mmng tak okay ka fjura polish treatment? Baru nak try.

      Delete
    3. Saya ada try dulu nama dia face polish muka cam kering terus stop

      Delete
  30. fairlady skincare tu ok ke tak

    ReplyDelete
  31. Mylara skincare ok tak agent mylara bagitau bahan mylara skincare dari KOREA . Siapa pernah cuba .

    ReplyDelete
    Replies
    1. I try skrg . Muka breakout habis . Xtahu kenapa . Tgok feedback lawa je smua . Hmm n now i tetap pakai . I takut nak tukaaa.

      Delete