HERMOSA BRIGHTENING CLEANSING WATER

by - 2:58 PM



Hi guys! I nak tanya ada tak kat sini mmg tergilakan skincare product? And mmg dalam sehari tu tak sah kalau tak buat 10 step korean skincare routine. Sah la korang sayang skin kan? Mesti skin korang lembut and texture pun nice? Omg jealous nyaaaa. Takpe yg mana belum achieve flawless skin tu inshallah tahun ni tahun bertuah kita. Hihi 😬

So kali ni i nak review salah satu brand Malaysian yg famous, i rasa most of everyone tau brand Hermosa kan ? Sebab ramai gila la mua mua kat malaysia ni pakai contohnya Ferra Rossa, shazriena syukri,  mua bellaz. Adudu excited kita nak taip ni.  Hermosa ni salah satu Malaysian brand yg boleh dipercayai dari segala segi contoh kualiti, sijil halal & gmp.

 So harini i nak review one of their famous item, which is cleansing water.

So dalam few months ago, i ada join giveaway dekat ig @merryskincarerants tau hadiah dia cleansing water tu la. And alhamdullilah rezeki i. Masa dia annouce tu ya allah happy gila kot ya la first sebab tu skincare dari famous brand and second sebab tu cleansing water. Cleansing water ni bagi i sangat penting untuk orang yg selalu makeup. Yela dah selalu makeup kena la make sure yg kita remove semua dirts, makeup tu dgn bersihkan? Kalau tak mmg rosak la kulit jawabnya huhu


KENAPA CLEANSING WATER NI PENTING?

Cleansing water ni antara salah satu step sebelum cuci muka guna face cleanser, tapi depends dkt orang jugak ada yg ada dua step ada tiga step tapi mcm i selalu nya guna mcm ni

Cleansing water/makeup remover - oil cleanser- foam cleanser

Itulah lecehkan nak cuci muka je banyak betul step, belum masuk skincare routine aduhai  tapi tu la kita yg pilih utk pakai makeup kan ha kena la makesure remove betul betul. Sebab untuk orang yg selalu makeup ni, jenis senang naik jerawat tau esp yg acne prone skin. Kadang pakai foundation yg tebal sikit je lepas tu malam lepas remove je ada la naik jerawat jerawat kecik putih yg whitehead tu. Sebab tu la penting sgt sgt tau remove betul betul makeup. Kalau jenis jerawat timbul ni makeup nanti tak smooth tak syok la.


Ok berbalik kepada cleansing water hermosa ni.  Masa sis amira dm i tu, dia dah cakap dia tak sure i dapat yg mana. Sebab diorang ada 4 jenis tau cleansing water ni ;-

1. Classic - Aloe vera and chamomile
2. Limited Edition - Aloe vera, chamomile and argan oil
3. Brightening- pegaga and bengkoang
4. Hydrating- rose and aloe vera

Basically, yang classic tu macam biasa la just utk cuci muka. Yang lain tu ada tambah sikit la benefit dia, sambil cuci sambil merawat. Basically Aloe vera tu utk hydrate kan muka kita, sbb ada setengah makeup remover buat kulit kita tegang je kan, ha ni takde camtu tau. Yang limited edition tu pulak ada argan oil, so dia in same time dia merawat and mencerahkan parut. Untuk brightening ni ada pegaga tu yang paling highlight la sbb tu i nak yg pegaga. Sebab pegaga ni more kepada kurangkan jerawat, and merawat luka la (jerawat yg terpecah ke). Yang hydrtaing rose tu antara fav orang ramai sbb rose buat kulit nampak cerah and lembut.

INGREDIENTS


Ingredient organik: Extract Chamomile Organik, Extracts Aloe Vera Organik
Ingredient lain: Aqua, Decyl Glucoside, Cocobetaine, Citric Acid, Phenoxyethanol.
Dikecualikan dari: Parabens, Artificial Colors, Mineral Oils, Sodium Lauryl Sulphate (SLS) / Sodium Laureth Sulphate (SLES) / Harsh Detergents, Animal Derivatives, EDTA.


REVIEW



(I demo guna tangan je la ye, kang remove makeup terkojuuut korang)

I dah guna few times juga la especially masa pakai heavy makeup yg kena layer concelear la foundation tebal la, kalau daily makeup i just guna make up remover biasa. Tak sanggup nak habiskan yg ni nanti nak bawak gi travel yg ni senang.

First, you tak payah nak tuang banyak banyak dalam dua pump je spray dekat cotton pad and tekap kat bahagian mata dlm few seconds, kalau rasa mascara you tebal tekap la lama sikit. Tapi mmg part mata masa remove fuh puas hati gila tengok masa bersih. Basically utk full face i just guna 2-3 cotton pad je.

FIRST IMPRESSION

Texture : Watery and mcm berbuih sikit

Scent: Wangi gila

Application: Smooth and senang remove makeup cuma dia akan jadi sticky sikit and memang disuggestkan untuk cuci muka lepas guna ni. So takde la macam few makeup remover yg lepas remove boleh bantai tidur. Lepas remove guna ni you tak perlu guna foam cleanser tu banyak sgt pun so dah jimat kan?


Rating: 4/5 (tolak 1 sbb sticky tu je )

Purchase: YES! Nak try yg rose pulak

Price: Classic                      RM45
          Limited Edition         RM55
          Brightening               RM55
          Hydrating                  RM55

You May Also Like

0 comments